Wednesday, February 8, 2012

Putaran Waktu : 31 Hari Lagi



Ditengah keramaian,kebisingan
Suara sayup kedengaran sayu sekali
Sebaris senyuman.tawa riang
Akan ada jiwa yang sedang berperang

Buku memori itu semakin usang
Helaian demi helaian semakin rapuh
Namun sebuah peti berbentuk hati
Masih bisa menyimpan satu persatu
Masa lalu yang semakin di tinggalkan.

*pause



"kita jalan cari baju dia dulu,better cari yang siap tak payah
nak cari tukang jahit untuk tempah lagi"

"pilih saja mana yang dia suka,nanti kita bayar"

sebuah butik di tengah kota,tergantung indah pelbagai jenis busana dan warna.Dari potongan yang ringkas hingga ke meterial yang mewah,cantik dan istimewa.Sehelai kurung moden putih merah bercorak ringkas di belek.

"cantik,suka yang ini?"

Aku memandang dia tanpa suara,cuba memadankan baju di badan sendiri.Tag harga pula aku cari,agak mahal untuk sepasang kurung moden bercorak ringkas.Lagi pula hanya sekadar untuk majlis yang serba sederhana saja,tak perlu aku untuk berlebih gaya.

"kenapa letak balik,tak suka?"

Aku bilang pada dia harganya terlalu mahal untuk sebuah majlis biasa-biasa.Aku hanya mahukan yang sederhana saja,lagi pula majlis hanya akan di hadiri keluarga terdekat.Aku menarik lengan bajunya memberi isyarat untuk beredar,memilih deretan kedai-kedai biasa.Akhirnya busana merah cili menjadi pilihan dengan meterial yang lebih menarik dari yang sebelum beserta harga yang lebih berpatutan.

"tahu tak,salah satu perkara yang buat saya rasa sayang pada awak,
awak seorang perancang ekonomi yang baik.Dan saya yakin awak boleh
kawal perbelanjaan kita nanti,kadang-kadang saya boros juga.Paling
menarik,awak tak sama macam orang lain.Walaupun ekonomi saya lebih
daripada mampu,awak masih mahu cari yang sederhana juga."

Aku pandang dia tanpa sebarang kata,dan meneruskan agenda yang seterusnya.Malas mahu berbalas kata dengan dia,ada saja ayat yang boleh bikin hati aku senang,tapi pada masa yang sama,aku tetap merasa pedih bila terkenangkan seseorang.


*play

Hati membeku sedingin salju
Tanpa ada rasa,tanpa perasaan
Kehangatan yang cuba di zahirkan
semua palsu belaka
Hati beku tetap tidak berubah

Kenapa...
saban hari saban waktu
Hati berbolak balik keliru
Keyakinan semakin runtuh
Setiap saat hati berlagu sayu
Putaran Waktu masih begitu.




hari semakin dekat
sudah hampir ke penamat
semua rasa semua kenangan
harus aku biarkan ia terbang
dan menghilang.....

15 comments:

..Wardah Biru.. said...

Sesaat aku tunggu..sejam kemudian baru menjelma..
Sehari menunggu..sebulan baru ada...
Setahun aku tunggu...hingga berabad lamanya..
Selama-lamanya aku menunggu..sampai ku menutup mata..
Terima Kasih Allah, kerana masih menghidupkan aku dalam waktu itu..
^^..

.......
Baca entry ini..seperti saya nampak suatu cerita..sedih+bahagia+duka+kecewa..
itu apa yang saya rasa..!_!

delarocha said...

tiada mood untuk berlebih lebihan barangkali.

gundah gulana di hati membatasi segala galanya?

ghost writer said...

aduhai,kenapa di saat kau sudah mula merasa senang dengan yang sekarang kau masih terkenang dengan seseorang..kenapa dibiarkan kau melangkah lebih jauh dengan hati yang pedih..tak ker rasa ralat nanti..

aduhai,tapi aku tahu,kau akan mampu menyintai dirinya dalam perjalanan.

mega senja said...

Aku berasa seperti melalui semula lorong beronak duri itu, sakitnya terpijak sembilu kehidupan masih bersisa, namun hidup aturannya ke depan walaupun nyeri luka masih berbekas dan menusuk...misteri hidup...tak siapa boleh merungkai kecuali kau melaluinya sendiri...

YuYun@HanleeYun a.k.a KuLaT_NaKaL said...

hurmmmm....

HAdira Kifly said...

Kalau satu masa nanti kau rasa hampa dengan tindakan yang kau lakukan , kau perlu pulang ke jalan asal kehidupan . . .

Mohonlah padanya agar kenangan bersama si dia yang sudah tidak perlu ada itu diluputkan secara perlahan-lahan dari ingatan . . .


Semoga kau baik-baik saja, kawan. . .

Afiq Ah said...

pastikan semua okay - okay. aku ada. baru jumpa udara.

Teenager Housemaid said...

rumitnya perasaan ini...
moga kau tetap dapat laluinya dan melupakannya...

LadyBird said...

crt benar kan?

smg berjaya harungi..

dan dipermudahkan..

ameeennn..

dill said...

awak, kuatkan semangat. semoga dipermudahkan segala. sentiasa doakan awak

dill.

Titisan Hujan said...

terasa cerminan diri bila membaca entry ini.

seseorang-lepaskanlah..biarlah tersimpan dalam lipatan sejarah dan kenangan

dia- bukalah hati untuk mencintainya.

teruslah melangkah ke hadapan.cuma terkadang perlu berpaling untuk mengambil pengajaran pada kisah lalu supaya yang akan datang lebih baik

syafiqakarim said...

jangan terkenang benda yang lama.
apa yg senang teruskan saja.
tabah tau.

lieynanilaz said...

bila bermain dengan perasaan memang sukar untuk diungkap...tabahlah awak!1

bighagenjo said...

Percaya dengan jodoh yg dah di tetapkan olehNYA. Sebab itu yg terbaik untuk kamu. Percayalahh..

bukan kerana AKU said...

tabah!!!

itu pesan aku!

p/s: TUHAN selalu jawab doa kita cuma kadangkala jawapannya TIDAK...