Friday, July 22, 2011

Aku Seorang Penipu

Aku seorang penipu
dan sebab itu jangan percaya aku
aku seorang penipu
dan sebab itu jangan yakin dengan aku
aku seorang penipu
dan sebab itu jangan mengharapkan aku

aku terpaksa tipu kau
aku terpaksa buat helah untuk kau
sebab aku pegang amanah besar
biar siapa pun kau,aku tetap pertahankan
kerana amanah yang aku pegang

hanya kerana kau berstatus
keluarga terdekat
maka kau mahu rosakkan reputasi aku
hilangkan kepercayaan aku
kau bukan majikan aku

dan jangan sesekali kau ungkitkan budi
kerana aku bukanlah seorang yang mudah
mengikut telunjuk jari
mahu merasuah aku?
cubalah kalau kau berani!








kau kawan aku sejak lama dulu
aku kenang budi kau untuk kerja ini tapi,
bukan bermakna sesuka hati
kau mahu jual beli
maruah aku
dia abang kau dan dia majikan aku
cukup itu aku mahu kau tahu,kawan.



16 comments:

missSenget said...

Pertahankan pendirian oke.. :)

blog-tips-kurus said...

rasuah memang haram..

monologtinism said...

jangan biar hidup anda diselubungi misteri~~

merepek apa -_-"

jangan biar terlibat rasuah
kelak memakan diri
tidak didunia diakhirat nanti
betapa rugi

pesan Tuhan,
sangat rugi
kalaulah manusia mengetahui

Penulis Bogel (the naked writer) said...

inikan sebenarnya tipu sunat?

"melakukan dosa kecil supaya tidak terjebak dalam dosa besar"

tegakkan bendera sekalipun tgn dicantas...=)

CassiaSiamea said...

say no to RASUAH

rezeki harap
jadi darah daging
sudah pasti tidak mampu dibuang lagi

dengan hanya satu kesalahan rasuah
menyesal seumur hidup

rasuah pembunuh
pembunuh kepercayaan
pembunuh harapan
pembunuh masa depan..

Amalina said...

aku tak suka bila orang buat baik dengan aku supaya aku rasa terhutang budi dan perlu tunaikan permintaannya, kalau aku tak buat, aku rasa serba salah.serius aku rasa taik setiap kali ini berlaku..perasaan macam, aku tak mintak pun semua tu..

JIJI YU said...

hurm..

ghost writer said...

dia percaya kau penipu..

sedang aku percaya kau melakukan 'helah' untuk dia..

Sca Ndx said...

macam berbaur pembalasan dendam

Ayu Azuri said...

teruskan tipu daya yang engkau lakonkan, demi amanah dan demi pendirian. :) semoga terus tabah ye.

chirpy_chummy said...

kita x mungkin dapat memuaskan hati semua org, kita jaga hati yg itu, hati yg ini terguris. tp, cuba fikirkan, hati kita siapa yg mahu jaga?

pedulik la ape org nak kata.

yg penting kita tahu mn yg benar, mana yg palsu.

Encik Psychopath said...

takpe. stay cool.

ORLANDO AHMAD said...

kamon! hidup penipu, pasal gua suke kaki kencing ni hehehe...

jangan biarkan diri kite mengikot telunjuk manusia, binasa nanti...

skandaLdariLangit said...

berdiri teguh usah bersimpuh saat ini duduknya biar bersila agar stabil atas bawahnya saat rehat pejam mata usah gentar Dia ada hati-hati kawan kerana manusia tidak semua bersih hatinya.

HEROICzero said...

buat apa yang kau percaya , kau yakin . InsyaAllah niat baik , hasil baik .


=)

Mawar Berduri said...

terdiam.