Thursday, July 21, 2011

Perjuangan Bermula


Mulia mengambil keputusan untuk melangkah kaki ke Politeknik.ini dari keinginan hatinya sendiri tidak ada paksaan dari sesiapa.dengan memulakan hidup baru,mulia juga menyimpan harapan baru untuk mengubah nasibnya menyahut cabaran baru di rantau orang.dan beserta semangat baru juga mulia mahu buktikan pada "mereka" semua yang dia juga layak berdiri setaraf dengan mereka semua.aku hanya mampu tersenyum dan memberi sokongan dari jauh.

seminggu berlalu.....

ada kelainan aku rasa seperti kekurangan bila di rumah tak macam dulu ada saja kelibat dia aku lihat sedang makan di pintu dapur atau mungkin sedang duduk di hadapan komputer.tapi semua itu telah tiada lagi,rindu aku barangkali.dan ini pertama kali dia berjauh dengan keluarga.aku terkilan tidak dapat menghantarnya kerana urusan kerja yang padat.kata taqwa,keadaan tempatnya agak teruk dengan lampu bilik yang rosak beserta suasana bilik yang bagaikan di serang garuda.kata taqwa lagi,mulia kelihatan down semasa membuat pendaftaan tempoh hari.mungkin terkejut bila dapat tahu aliran yang bakal diambilnya tidak pernah di pelajari semasa di persekolahan dulu.kimia,matematik tambahan,fizik dan biologi.





aku di sini tidak tenang sejak dia pergi
terkilan tidak dapat melihat buat terakhir kali
setiap hari aku pastikan akan menghantar pesanan
ringkas di telefon tangannya,tak mahu dia rasa sepi
kurang-kurang dia tahu ada orang di sisi
dan aku nak dia tenang-tenang saja.
ah,baru aku sedar rupanya teruna tunggal
satu-satunya itu sudah semakin dewasa.


5 comments:

Unknown said...

:) buat mulia, belajarlah mencintai apa yang tidak disukai itu dengan hati.

Nice work. Aku suka cara kau. Seorang kakak yang caring. Aku ingin sekali ada keluarga seperti kau hingga aku tiba-tiba terbayang yang aku menjadi mulia. Haha

PenjuruKosong said...

rindu!!
buat kita hargai masa dia kembali...

lelaki perlu pandai jaga diri..

ghost said...

dia lelaki.sudah pasti dia akan lebih cekal dan matang bila berada jauh dari keluarga.masa akan mengubah dia seiring dengan fitrah manusia.

kakaknya seorang yang sangat caring.

monologtinism said...

sukar itu tanda diuji.
tak usah khuatir, ujian masa dan manusia mengajar menjadi lebih dewasa

dania said...

(^_^)