Monday, July 29, 2013

Angka Tiga Yang Genab




27 julai 2013,
Tiga bulan yang genab,
menjadi rusuk buat sang pencari,
yang halal pada yang berhak.

Julai bulan akhir,
setelah 3 bulan aku menjauh,
dari Imam yang di tinggal,
jauh di Negeri Selatan...



"Sebelum saya diikat,boleh saya buat satu permintaan dan perjanjian?"

"Kalau saya mampu,akan saya tunaikan."

"Tolong izinkan saya tetap tinggal dan terus bekerja di sini hingga ke penghabisan tahun ini,boleh?"

"Tak boleh!"

"Kenapa? saya tak minta banyak,cuma ini saja...tolong..."

"Tempat seorang isteri adalah berada disisi suaminya"

"Tapi ada banyak perkara yang perlu saya selesaikan,sebelum saya bersedia untuk pergi."

"Atas alasan apa? nanti apa pula kata keluarga saya?"

"Ada beberapa perkara yang saya perlu buat,lagi pula saya belum menemukan pengganti untuk jawatan ini."

 "Tidak,saya tak setuju!"

"Tolong...saya merayu.saya janji selepas itu saya akan ikut ke mana awak pergi."

"Kenapa perlu begitu lama...sampai enam bulan?"

"Tolong...saya merayu sangat.Kasihankan saya,selepas ini saya akan pergi tinggalkan semua yang pernah menjadi kesayangan.Jadi,izinkan saya habiskan semua yang masih berbaki di sini.Dan tanggungjawab saya untuk melatih pengganti saya untuk jawatan ini."

"Baik,saya izinkan...tapi jangan sampai enam bulan.Itu terlalu lama,nanti apa kata keluarga saya?"

"Habis,berapa lama? awak katakan saja yang saya masih lagi belajar."

"Mahu saya menipu? tiga bulan saja cukup.Ini muktamad!"

"Tolong...sampai habis hujung tahun ni saja tak lebih."

"Tidak! ini muktamad,tiga bulan saja cukup!"






Dan tempoh tiga bulan itu 
sudah pun berakhir
dia kembali lagi menuntut janji.....





15 comments:

dwaty said...
This comment has been removed by the author.
dwaty said...

dilema.... so apa keputusannya???

Ami Manaf said...

terima kasih untuk doa kau.
aku juga doakan yang terbaik untuk kau.
semoga kau lebih kuat dari aku...
aku tahu kau kuat.
Allah takkan uji hambaNya melebihi kemampuan hambaNya bukan?
smile okay...
:)

eita said...

keptusan nyer tetap xleh x boleh...

Waqheh said...

terima kasih...

boni kacak said...

kembali lah ke tempatnya.. di sisi suami.. mungkin itu yang terbaik :)

mijahRamlan said...

gud luck!!

Dahlia bukan lagi Qaseh said...

jangan lelah meletak hati.
jangan lelah menyusun langkah

tapi jangan dirasuk hati dengan rasa terdera.
itu semua dusta.
kau lebih kenal diri kau.

.: Si BungaKopi : . said...

ni yg geram pasal orang laki ni. veto la sangat.

aku bukan jenis pompuan yang mengikut,

aku kerja, sama2 menyumbang pada ekonomi r/tgga, bukankah pndpat kita perlu turut didgr?

lelaki yg paham xkan buat mcm ni.

tapi aku juga punya lelaki yg xpaham.

xada kata2 lg utk bgaduh dgn org yg kita syg, tp pd ms yg sama juga sgt menyakitkan ati bila gunakan kuasany.

reenapple said...

mesti sedih nak tinggalkan kesayangan untuk menepati janji pada kesayangan. Hurmmm. Dilema.

gadisBunga™ said...

dilemma. especially kalau untuk workaholic. tapi it's time to prioritize, dear...

Sigaret Perisa Kafein said...

Semoga yang terbaik untuk kamu.

Doa.

-AsaSiaga-

penjajah minda said...

harus diingat.syurga isteri bawah telapak suami.

mungkin ada alasan si suami.

seperti tak mahu berjauhan? takut rindu bukan kepalang? =)

m said...

pilihlah yang terbaik :)

Phantom Lordaeron said...

taat pada suami, itu yang terbaik
walau berat mana sekalipun

kerana redha Allah itu pada redha suami

semoga bahagia sentiasa mengiringi