Selepas sahur menunaikan permintaan mak,
Yang mahukan rambutnya digunting pendek,
Biarpun mata mengantuk menuntut tidur,
Tetap di tahan juga kerana janjinya adalah minggu lepas.
Sejak umur aku tujuhbelas tahun,
Mak hanya mahu aku saja menggunting rambutnya,
Mak tak gemar ke salon katanya tak menepati citarasa,
Mak paling suka hasil kerja tangan dari aku.
Setiap helaian demi helaian aku gunting cermat,
Rambut mak memutih hampir memenuhi kepala,
Aku sedar itu tanda mak semakin berusia,
Semakin hilang kudratnya.....
Minggu akhir aku di sini
bila pula agaknya aku berpeluang
menyentuh rambut mak lagi.....
12 comments:
org muda pun kadang kala cepat beruban...byk memikir katanya.
Hurmmm... tentunya akan ada peluang itu lagi. :)
kerana memandang muka ibu juga sudah mendapat pahala :)
emak kita :)
penghargaan yang amat bermakna :)
kenangan itu yang bikin kita kuat di kemudian hari.
untung la masih ada emak. selagi ada, tunaikan apa saja hajatnya.
banyak sebab kenapa rambut berwarna putih.
permintaan terakhir seorang ibu sebelum anak gadisnya dibawa pergi oleh yg lebih berhak.
pasti dia juga bersedih.
tapi insya-Allah ini bukan perpisahan terakhir.
aku selalu begitu .. selalu memikir, sampai bila agaknya aku boleh bersama orang kesayangan aku . .
aku sedih bila tengok mak aku dimamah usia
hurm.. nampak ringkas entri ni, tapi cukup buat hati jadi sebak... :(
syurga kau telah bertukar letak-nya.
Jangan khuatir,redha langkah kaki kau.
Allah akan jaga si bonda dengan aman-nya..
terus kuat - bertabahlah...
Post a Comment