Raya kedua ke rumah mak ngah adik beradik sebelah mak,keluarga yang turut serta ada pak tam ada mak andak dan ada acik.tapi bukan itu yang terkesan,pada aku mereka semua biasa saja.cuma ada seseorang yang jadi perhatian aku anak mak ngah yang nombor 2.setelah beberapa tahun menghilangkan diri tanpa khabar,kini dia kembali.kata mereka-mereka dia sudah insaf sudah berubah mahu jadi baik.tapi aku masih seperti dulu sedikit kepercayaan tidak ada buat dia.dendam? entah aku masih tidak dapat melupakan peristiwa beberapa tahun lalu yang buatkan aku terus membenci dia.
kata mak ngah,orang seperti dia tidak boleh di pinggirkan layan saja sama seperti biasa,beri dia peluang untuk berubah tapi jangan terlalu percaya.beri peluang untuk dia mengubah hidupnya.abg F sudah tidak sihat macam dulu kakinya sedikit cacat selepas kemalangan beberapa tahun dulu,itu semasa dia menghilang.dia capik jalan pun tak betul dan ada kalanya aku lihat dia seperti bercakap seorang diri macam orang tiga suku kepalanya.andaian aku mungkin sarafnya sudah rosak akibat dadah juga kesan dari kemalangan dulu.itu balasan Tuhan pengajaran dunia buat dia kerana kesilapan dia dulu.
dulu dia jahat
dia pencuri,penagih dadah hisap ganja
aku sangat benci dia bila dia curi duit aku
beri peluang untuk dia?
tapi hati aku masih berkeras
tidak pernah memaafkan dia.
11 comments:
beri die peluang
sokong jiji..
beri peluang...
mahu memaafkn, ambik masa..
Tuhan yang Maha hebat tu pon Maha pengampun, takkan la kite tak nak amik pengajaran kowt? padahal kite ni sekadar hamba yg hina sahaja kan?
manusia berubah , maafkan lah dia
tau. susah utk memaafkan. org mudah mengatakan, tp utk kita melakukan, susah. take ur time. be empathy. not sympathy.
dia juga manusia.siapa kita nak menghukum.sedangkan tuhan beri kau peluang untuk berubah.sekurang-kurangnya kau buang dendam tue.buat muka tak tahu.
manusia perlukan peluang kedua, ketiga, keempat dan seterusnya... selagi tak tutup mata.
kadang-kadang mulut akap senang...tapi bile dah kena kat kita, lain rasa...
adakah kesan dia mencuri wang kau tu melarat-larat hingga membawa musibah yang lain dalam hidup kau? atau membawa hikmah?
aku juga rasa maafkan dia.
sukar tapi tidaklah mustahil.
cuba.
dia juga punya hak.
=)
memang sukar memaafkan,tapi tidak salah mencuba...betul jangan terlalu percaya
Post a Comment