biar pun hati sekeras kerikil
jiwa sekukuh waja
ada masanya retak juga
ada ketikanya cair juga
tapi tetap berpegang pada
api lawan api marak
mana biasa untuk bersama
lalu aku memilih untuk
menjadi air yang dingin
mata merenung seketika pada skrin telefon tangan terdapat 18 misscall dan 3 pesanan ringkas.tekan butang open,semua dari nombor dan nama yang sama.buka salah satu dari pesanan ringkas...baca senafas tangan menggigil menggenggam telefon menahan rasa.ada pedih di hujung hati paling dalam.pejam mata dan tarik nafas sedalamnya...baca semula dan genang.dongak ke langit,masih ego untuk membiarkan mutiara jernih berderai.
"bodoh! bodoh! bodoh! bodoh! bodoh! aku nak pergi pukul 5 la bodoh.apa pasal kau ni bodoh sangat hah! bodoh!"
apa rasanya jika seseorang
yang kau sayang yang kau kasih
berkata begini pada kau?
apa rasanya jika seseorang
dari darah daging dan seketurunan
cakap begini pada kau?
apa rasanya jika seseorang
yang kau hadap penuh sabar
memaki mahun begini pada kau?
apa rasanya jika seseorang
yang sepatutnya hormat kau
tapi mengeji kau?
apa rasanya jika seseorang
yang sepatutnya mengenang jasa kau
tapi langsung tidak pernah berterima kasih pada kau?
apa rasanya jika seseorang
yang kau lebihkan segalanya dari diri kau
tega buatkan kau rasa seperti mahu lari?
yang kau sayang yang kau kasih
berkata begini pada kau?
apa rasanya jika seseorang
dari darah daging dan seketurunan
cakap begini pada kau?
apa rasanya jika seseorang
yang kau hadap penuh sabar
memaki mahun begini pada kau?
apa rasanya jika seseorang
yang sepatutnya hormat kau
tapi mengeji kau?
apa rasanya jika seseorang
yang sepatutnya mengenang jasa kau
tapi langsung tidak pernah berterima kasih pada kau?
apa rasanya jika seseorang
yang kau lebihkan segalanya dari diri kau
tega buatkan kau rasa seperti mahu lari?
kau rasa sakit hati?
kecewa? dan sedih?
tahu tak,dalam pada rasa sayang
aku juga menyimpan benci.
dalam pada rasa kasih,
aku juga menyimpan dendam
DAN kelemahan aku adalah
bila tiap kali aku memikirkan
kau adalah adik kandung aku.....
kecewa? dan sedih?
tahu tak,dalam pada rasa sayang
aku juga menyimpan benci.
dalam pada rasa kasih,
aku juga menyimpan dendam
DAN kelemahan aku adalah
bila tiap kali aku memikirkan
kau adalah adik kandung aku.....
17 comments:
*HUG*
nak pinjam bahu?
sayang dan benci , letak nya dalam satu tempat juga bukan .
hati .
kau lempang je adik kau tue.kalau tak sampai hati, aku bagi pinjam tangan aku.
betul kdg rs benci taoi lagi sakit sbnrnya kita sggup tahan dan lebih mengasihi. sabar ye. dan cuba bertegas
sabar sabar sabar, darah daging sendiri tu. esok esok reda la
kita tidak keseorangan
air dicincang takkan putus..
*jangan pulak kau cincang adikmu itu. ;)
jaga2 dengan apa ada 'dalam' hati...
jgn smpi melupakan 'otak'
:D
tergiang2 lagu geisha cinta dan benci...
air dicincang tak akan putus.
leraikan lah dendam kesumat, benci. insyaAllah cinta akan hadir pasti :)
aku juga kadang-kadang terlupakan humanisasi tatkala api menyambar hati...
mmg sgt menyakitkan kan...
aku juga sentap. tapi sedih.
kau patut bersuara. kau abg/kakak : jadi dia sbgai seorang adik perlu 'hormat' ko.
percaya la cakap aku. tak perlu marah bnyk2 kali. cukup sklai marah diam dia jugak akan tersentap.
*sekali
*dia
ntah kenapa aku typo.
alaaahai... sedih ah, meh polok meh.
apa kata, kau selau doakan dia lembut hati. Jangan amik hati sgt apa yg dia buat kat kau, nanti kau balik yg sakit hati. Tiap kali kau terasa hati kau doa mintak dia berubah, bia hati dia yg keras tu lembut.
Dia pon manusia biasa je, tak kuat mana. Tuhan lebih kuat, mintak tolong DIA.
redhakan dia...
doa agar dibukakan pintu hatinya
menghormatimu...
dia masih lagi seorang budak dan adik yang belum cukup matang fikirannya seperti kau .
dia masih lemah dalam mengenal erti kasih dan sayang yang kau salurkan . dia belum cukup kuat untuk tahu yang kau terluka dengan tiap patah kata yang dia tuju pada kau . mengertilah bahawa dia belum menjadi seorang yang punya coretan penuh warna warni dalam hidupnya . tenanglah kawan .
Post a Comment