malam minggu di dataran KLCC
berpusu sana sini manusia-manusia
berpacaran,berseorangan juga beramai
tak kurang juga pelawat dari negara asing
hitam putih,tinggi rendah,serata negara
malam minggu di dataran KLCC
kilauan lampu memancarkan seri
menambahkan kekaguman mereka yang
menatap gahnya dua menara yang menjadi
kebanggaan negara
malam minggu di dataran KLCC
di tengah keramaian
di depan landskap air pancut pelbagai
langit indah dengan taburan bintang
dan bulan suram di sebalik awan
buka cerita lama bab yang pertama
luah kata luah rasa lalu ketawa
tatap matanya dalam amat
lihat ada cahaya dia gembira
tapi,senyum dia buat kau sengsara
lembaran baru bab kedua
dia cerita lagi dan kau dengar lagi
ada mendung di balik senyum dia
tapi endingnya tetap buat dia ketawa
dan hati kau jadi lara
bab ketiga.....
reminder telefon tangan tarikh itu
dia senyum senang bahagia
kau pandang dia dan tunduk
hati kau parah.
semangkuk aiskrim perisa
coklat vanila dan gajus
buatan nestle
kongsi dua
10 comments:
semoga aiskrim tu tetap dirasai sebagai aiskrim, bukan sambal atau mangga muda...alll the best and keep strong..
puisi bercorak ya? menarik...
kau dalam puisi tu banyak memendam..
adakah ini cinta terpaksa??
kenapa perlu duka saat bahagia??
ahhh!
aiskrim jua pengubat lara...
moga kamu dapat senyum semula~~
suka duduk2 kat tempat2 mcm ni, tapi berseorangan, bukan berkapelan...
tahun ini belum jejak KLCC. rasa rendah diri pula.
*terasa masa ngap La Cremeria barang sesudu dua, sekarang! {",)
mesti hebat momen kamu di malam minggu kan,PTB...
ah,sememangnya enak kalau makan kongsi dua.
aku suke chocotop mekdi!
^_^
kongsi tiga lebih enak. threesome.
perasaan itu sukar untuk ditepis walaupun bahagia depan mata.
Post a Comment