Thursday, December 9, 2010

Shopaholic Itu Satu Bencana?

Terpengaruh sungguh dalam sesak-sesak begini pun masih boleh terfikir nak shoping macam-macam barangan? buka dompet tinggal not rm50 sahaja itu pun untuk belanja makan-makan.tapi sanggup ikat perut simpan sebab berangan nak beli sehelai seluar putih.untuk sehelai seluar pun bajet untuk rm50 belum lagi tambah darab bahagi dengan barang-barang lain.dalam fikiran sudah berderet senarai barangan yang di kehendaki.
.
.
1. seluar putih
2. wedges putih
3. mascara
4. minyak wangi
.
.
owh itu hanya keperluan untuk jangka pendek,dalam jangka panjang lagi banyak dari ini.terlalu obses dengan barangan yang semuanya bukanlah keperluan harian.seperti senarai di atas,itu bukanlah keperluan seharian.seluar putih tak ada kene mengena dengan unifrom kerja,tambah pula dengan wedget setinggi 3inci amat tidak sesuai untuk di pakai ketika bekerja.minyak wangi juga jarang sekali dipakai ketika bekerja dan lebih selesa menggunakan cologne jhonson sebagai pewangi.mascara? tidak ada kepentingan langsung dalam penampilan diri di tempat kerja.habis tu beli untuk apa? saja suka-suka...
.
.
.
.
.
.
.
yang benarnya saya hanya nak
pakai pada hari sabtu ini.

No comments: