Thursday, September 30, 2010

Perasaan Itu

Apa adanya tentang perasaan tentang rahsia hati yang bersimpul mati.diikat ketat tak bisa di leraikan melainkan dengan memotongnya.senyum sebagai tanda apa? senyum tak ikhlas hanya sekadar mengaburi pandangan.sorok rasa tutup kesedihan dan pendam sendiri-sendiri.ada sebak mahu di hemburkan tapi di sini bukan tenpatnya.sembunyi lagi dengan ketawa gembira seakan tak ada langsung keresahan di dada.ah,aku kan pelakon hebat siapa dapat meneka? siapa dapat membongkar?
.
rasa itu perit sakit sekali aku ingin menangis terasa sebak berat mahu pinjam bahu seseorang.bila aku sepi begini rasa itu bagaikan menikam-nikam hampir mati aku kesesakkan.tidur malam tak nyenyak fikiran terganggu dengan dengan beban.bila saat mahu terlelap,panggilan tugasan memaksa aku bangkit untuk teruskan rutin harian.diam dan pendam lagi sakit berat aku teringin mahu menangis teringin mahu berteriak.semakin lama aku pendam semakin bertambah berat.aku dah penat.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Ada sesiapa sudi pinjamkan bahu untuk saya tumpang barang sebentar?

.
.

10 comments:

.: Si BungaKopi : . said...

mehla berehat kat bahu aku. aku bg. meh meh

pisau belati said...

aku ada dan masih ada
tapi kau nafikan dan ketepikan aku
jadi aku ini tak punya fungsi lagi
buat kamu,begitu?

luahkan terus saja pada aku
mengapa di simpan sendiri-sendiri?

pisau belati said...

pisau belati,
aku tak mahu jadi bebanan buat kau lagi
tak apa,aku boleh selesaikan sendiri
tak perlu peduli aku.

pisau belati said...

ketepikan saja ego kau itu.
mengapa mahu di pertahankan lagi keras hati?

jangan berbuat lucu dengan berbalas komen menggunakan id aku.

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

ego adakah untuk ingsan

Anonymous said...

PANAH BERACUN :

pisau belati,
aku tak ego lah
ada waktu-waktu tertentu aku perlukan
ruang untuk diri aku sendiri
dan kau tak perlu bersusah untuk aku.

kau memang sengaja mahu cari pasal dengan aku kan belati?

pisau belati said...

pagi benar kau membalas komen aku?

alahai...kau marahkan aku lagi,aku hanya sekadar bergurau saja.

Qiez AR said...

kau pasti kau nak pinjam hanya sebentar?

seberapa pasti?

hanya setelah kau beri jawapan kepada soalan ini akan aku pinjamkan bahu dan mungkin hati.

itu pun KALAU kau mahu..

lumut said...

aku kompius..siapa pisau belati dan kau?????

tell me.

aku kompius ni.

Panah Beracun said...

larasephia...
jujurnya aku sendiri tidak pasti berapa lama.tapi semahunya aku mahukan selama yang boleh.

lumut...
aku hanya menumpang sedikit ruangan dari pisau belati.seperti menyewa rumah dari penyewa.pisau belati owner blog ini.dan aku hanya menumpang sedikt ruang yang ada.