Wednesday, September 1, 2010

Dugaan

.
Semalam chek angka di ATM,berpaling dan sedikit mengeluh berat nafas bagaikan tersekat.hasil bulanan semakin berkurangan rasa sangat tertekan.pagi tadi dapat panggilan...
.
Assalamualaikum...
.
Waalaikumusalam...
.
sibuk ke?
.
tak lah dah rest time pun.
.
ada duit tak?
.
ada
.
berapa?
.
dalam rm....
.
boleh bagi pinjam?
.
nak berapa?
.
rm....minta tolong tukar duit baru di bank
.
ok,nak tukar berapa?
.
rm10 & rm1....nanti ayah bayar balik
.
ok jap lagi orang pergi
.
Assalamualaikum...
.
Waalaikumusalm...
.
.
.
itulah duit terakhir yang aku cuba pertahankan untuk sampai hujung bulan ini.belum tolak bagi mak dan adik2.tapi ayah sudah minta bantuan tak akan aku nak mengelak dan aku terpaksa tipu ayah dengan mengatakan yang aku masih punya baki duit dari hasil lain.rasa nak menangis je...masa keluarkan hasil dari perut ATM mata terasa panas dan sedikit bergenang.lagi-lagi masa beratur tunggu giliran untuk tukar duit tu.tapi bila aku fikir balik,ada baiknya aku tangguhkan pengajian aku.kalaulah time ni aku masih berada di kolej sudah tentu ayah rasa terhimpit sangat.ada aku bekerja sekurang-kurangnya dapat ringankan beban ayah.
.
aku kesian tengok ayah kerja siang malam duduk jauh-jauh makan minum tak terjaga tinggal pula kat bilik kecil.rasa sedih sangat mengenangkan ayah bila tiap kali ayah balik rumah hujung-hujung minggu,aku dapat tengok wajah ayah yang kepenatan bekerja cari rezeki.lebih lagi nak raya ni lagi sesak poket ayah.aku tak suka hari raya sebab aku nampak ayah susah sangat setiap kali tiba hari raya.ayah terpaksa spend duit raya untuk anak-anak buahnya kalau setakat rm1 seorang tak apa.tapi lebih daripada duit belanja harian aku masa sekolah dulu.
.
aku pernah tanya mak kenapa nilai duit raya untuk anak buah mak dan ayah berlainan.anak-anak buah ayah perlu bagi lebih walaupaun sudah bekerja,sedangkan anak-anak buah mak bagi sikit dan tak perlu bagi kepada mereka yang sudah bekerja.mak jawab bahagian anak-anak buah mak tak perlu di kisahkan sangat.tapi bahagian anak-anak buah ayah perlu lebih sedikit kerana taraf.mak tak mahu nanti ayah di kata belakang-belakang oleh saudara mara.aku sedih dengar mak jawab begitu kenpa mereka tak boleh nak faham keadaan ayah bagi aku mereka punya segalanya dan tak perlu nilai duit dari ayah.kenapa langsung tak ada yang punya hati bertimbang rasa walau sedikit pun pada ayah?
.
Ya Allah kenapa aku menangis ni..........

1 comment:

Anonymous said...

kalau aku jadi kamu, aku pasti menangis sama.
perit.
dan sakit pasti lebih dalam.
ah.
*sayu*

dugaan itu berat kan.
Tapi, Allah dah janjikan yang setiap dugaan itu takkan Allah berikan kepada manusia itu; melainkan pada tahap yang mampu dia bangkit dan langkah dengan nafas nyawa.

dan aku sering percaya;
setiap apa yang terjadi itu sebenarnya mendekatkan lagi kita dengan syurga-Nya; asalkan ada syukur dan tabah dalam setiap langkah kita.

kan hidup ini duga-Nya pasti datang menjengah tak kunjung hilang.

dan untuk kamu, aku doakan kamu tabah sebelum redup sabar jiwa kamu hilang.

kuat jiwa kawan.
kuat lah.
ah, aku mungkin bisa berkata mudah berbanding kamu yang meredahnya; tapi itulah, sabar.
kamu kuatkan hati kawan.

kuat yang bertunjang paut pada kuat-Nya Maha Esa itu.
thats the only way out.
Trust me.

p/s: Allah ada simpan hint pada ayatul 216 Al-Baqarah
"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."