Wednesday, January 18, 2017

Berdosa






Tadi siang,Syahirah masuk ke kamar aku...pada mulanya aku rasa itu ok,dan aku terus saja melayan Muhammad tanpa memperdulikan Syahirah.Kerana sikap tidak acuh aku,Syahirah mula buat perangai,aku tahu Syahirah mahukan perhatian.Mungkin juga Syahirah cemburu kerana kasih sayang sudah dibahagi dua,Dan Syahirah terpaksa mengalah banyak.Aku sedar...tapi aku sendiri masih perlukan masa untuk suaikan diri dengan suasana baru ini.Ada masanya aku sendiri rasa agak tertekan...tapi masih dapat mengawal diri.

Tanpa sengaja,aku tertingi suara pada Syahirah setelah usaha aku untuk mendiamkan dia gagal...Syahirah mula tantrum tanda protes pada aku.Terasa hati aku mula panas...aku mengambil langkah untuk mendiamkan diri.Api dengan api mana mungkin bersatu.....

Malam ni Syahirah tidur awal...baru tadi dia terjaga dan menangis,Kata mak,badannya panas...Segera aku suapkan ubat.Beberapa hari ni Syahirah memang kurang makan badannya semakin kurus aku sedih.Aku sapukan minyak angin ke perut dan hidungnya yang tersumbat aku usap kepalanya.Berat hati nak tinggalkan Syahirah tidur jauh dari aku.Kalau dulu,asal demam memang Syahirah tak mahu berenggang dengan aku tapi sekarang.....

Semasa aku mahu keluar,Syahirah menangis lebih galak...aku tahu Syahirah mahukan aku.Hati aku sakit aku tak mampu.Berdosanya aku kerana meninggikan suara siang tadi...padahal Syahirah hanya mahukan sedikit perhatian dari aku.Mahukan sedikit masa dengan aku sama seperti dulu.....






Tuhan....
tolong aku ikhlaskan hati ini
tolong terus beri kekuatan
pada aku untuk menjaga mereka sebaiknya...











1 comment:

mega senja said...

semoga kau tabah...