Friday, August 2, 2013

Perjanjian Mati




"Hari ini hari akhir u kan,rasa sedih?"

"ya,mestilah sedih,tak kan nak rasa gembira kot?"

"jangan sedih-sedih..."

"hurm...memang ini yang u nak kan?"

"u pergi sebab rasa i halau u atau u memang nak pergi?"

"sebab u yang nak macam tu..."

"i just nak u berbaik semula dengan dia..."

"i okey je dengan dia......i harap u say something untuk halang i dari pergi"

"kalau i cakap jangan pergi,u tak kan pergi?"

"hurm...sebenarnya memang ada yang i nak cakap semalam,dah lama i simpan tapi tak berani nak cakap takut u marah....."

"apa dia,cakaplah i dengar..."

"sebenarnya kita masih sayangkan B.....dan tak kan pernah lupakan B.insyaallah setiap tahun kita akan usahakan untuk ke daerah cinta setiap 23 june"

"u.....i pun masih sayangkan u...daerah cinta insyaallah i pun akan ke sana juga setiap tahun.entah la masih adakah peluang untuk kita bersama?"

"ada! tapi dengan syarat..."

"syarat apa?"

"pastikan masa tu u dah tak ada komitmen dengan sesiapa dan kita juga tak ada komitmen dengan sesiapa.kita tak minta u tinggalkan dia dan kita juga tak akan minta hal yang sama pada dia.cuma biar takdir tentukan jodoh kita.if u dah tak ada dia dan pada masa yang sama kita pun dah tak ada dia,tolong janji cari kita balik boleh? kita akan terima u walau apa pun status u masa tu.kita akan tunggu u sampai masa itu datang"

"ya...kita janji akan cari dia balik...kita janji,sayang."







aku tidak mengharap apa-apa
cuma berpegang pada keyakinan
dan aku redha setiap apa yang mendatang
dan ini merupakan janji mati aku dan dia...






22 comments:

Lelaki said...

peh...tiada kata2.

Selamber Rock said...

aku tak berani janji dgn siapa-siapa. takut tak mampu nak tunai..

Heartbeat said...

seperti Lelaki , aku jugak tak terkata . semoga kau terus yakin .

t.a.t.a said...

aku sama macam kau. aku yakin. aku ikhlas. aku redha dengan setiap apa yang berlaku pada diri ini.

aku berjanji seperti itu pada diri sendiri, kerana aku yakin dia untuk ku. aku serahkan pada masa. aku serahkan pada Dia, sehingga tiba saat itu.

sementara itu aku hanya perlu bersabar. teruskan keyakinan. teruskan keikhlasan untuk saat itu.

reenapple said...

Aku juga... bergantung pada takdir. Walau itu mungkin akan buat aku terluka sekali lagi. :(

nina said...

Ini janji berat, takut belum tentu boleh di tunaikan

Pondok Usang said...

perjanjian mati? apa pun kita mmg bakal jenazah...

Faaeinz said...

PTB.. istikharahlah. Moga setiap keputusan kita dipandu oleh-Nya.

Ramadan nak berakhir dah.. aku sedih. =(

Miss Volvo said...

cinta tanpa janji ibarat kari ayam tanpa garam.

boni kacak said...

aku tak tau nak komen apa... cuma aku mampu doakan yang terbaik buatmu kawan...

Asrul "iLham" Sany said...

Horror ni... Berjanji sesama manusia sesuatu yang tak pasti...

Nong Andy said...

ketika 'rasa' itu membaluti hati..

aku janji akan cintai kau seribu tahun lagi...

mana la aku tahu..

DIa tarik 'rasa' itu...

terputus tali rasa..

lenyap tak ada jejaknya..

dan.. dan... aku terkedu

bila..

janji ini memakan diri...


Sayang.. aku cuma manusia biasa.

saat ini biar kita nikmati apa adanya.. yah! itu kisah cinta..

Skull Writers said...

Maaf...

kalau aku ikut hati..

tapi demi kamu..

aku akan gemgam janji ini sampai mati!!




Nico Robin

dwatyKNY said...

Setuju dgn nong... hargailah apa yg ada sekarang... yg lain serahkan pada Dia kerana Dia tau apa yg terbaik untk kita... semoga dipermudhkan segalanya.. dibulan mulia ini mohonlah petunjuk dr Nya...

Selamat hari raya :)

Sigaret Perisa Kafein said...

Ini.. entah. aku ketiadaan kata-kata.

-AsaSiaga-

gadisBunga™ said...

hmm...maaf.

tak percaya pada janji.

janji mesti pada tindakan. bukan perkataan.

penat dah~

Tinta Lana said...

Salam.

Bukankah janji biasanya untuk dimungkiri?

Seperti undang2 yang hanyak untuk ditendang?

MrShuk said...

Mungkin bisa. Tapi kau yang rasa. Harap jika hilang, diam jika halang. Akan mampu bukan?

tasekM said...

perghhh...


.

princessinyourdream.90@gmail.com said...

Jangan...

Biarkan dia bahagia...

Kau sudah ada syurga,kenapa harus tamak untuk menunggu syurga seterusnya

Taat pada syurga yang ada..

Jangan kau buat hati kau rapuh untuk perkara yang kau tidak berhak sentuh...

Jangan..

mega senja said...

ya Allah,
kenapa jalan hidup kau hampir sama dengan jalan hidup aku...



aamalinaazman said...

Aku harap ada seseorang yg begitu dgn aku..emmm