Saturday, June 16, 2012

Kiriman Buat Penghuni Syurga : Surat








Selamat Hari Jadi Sayang...







Assalamualaikum.....
Yang diingati masyhur tersayang,moga sentiasa berada di dalam lindungan Tuhan,ya itu sudah pasti.Kan itu juga salah satu daripada perjanjian kamu dengan Tuhan.Ini merupakan tahun kesembilan kelahiran kamu dan juga merupakan tahun kesembilan pemergian kamu.Sudah pastinya saat ini kamu sepatutnya membesar sebagai kanak-kanak yang pintar dan aktif.Tapi sayang,kakak tak berkesempatan langsung nak lihat kamu membesar di depan mata.Tapi tak mengapa,kakak redha Tuhan ambil kamu dalam usia sekecil itu,mungkin itu yang terbaik buat kamu.Supaya kamu tidak membesar dalam suasana di benci oleh keturunan cikgu haji.Ya,arwah atuk kita yang dihormati dan disegani oleh semua orang di sini.


Sayang masyhur...
tahukah kamu kakak selalu rindu dan ingat sama kamu...dan seperti selalu diari biru dan foto kamu kakak bawa ke mana saja.Ada masa tertentu kakak menangis bila terkenangkan semua hal yang berkaitan dengan kamu.Ya,terutamanya bila tiap kali kakak pulang dari sekolah,pasti kakak akan cari kamu dulu.Dukung dan bawa kamu dalam bilik dan kita sama-sama akan tertidur sampai mak datang gerakkan.Bau kamu...bau bedak bayi yang sampai sekarang kakak tak pernah lupa.Dan sejak itu,kakak lebih suka pakai bedak bayi,mahu selalu rasa yang kamu begitu dekat,biar pun tanpa jasad.


Sayang masyhur...
Untuk pengetahuan kamu,kita bakal menambah ahli baru dalam keluarga.Kamu bakal mendapat seorang lagi abang.Bakal suami kakak dan bakal abang ipar kamu...Kakak baru bertunangan dengan dia bulan mac lepas,harap kamu menerimanya dengan ikhlas biar pun kakak sendiri sebenarnya tidak pasti.Doakan kakak ya,sayang...Tapi kakak tetap yakin,yang dia adalah seorang lelaki baik yang kakak pernah kenal.Mungkin juga adalah yang terbaik di antara mereka yang lain.Mungkin kakak bakal mengakhiri zaman solo pada awal tahun depan,insyaallah...


Sayang masyhur...
kakak taqwa bakal menamatkan semester akhirnya pada bulan depan,dan kini sedang berperang dengan peperiksaan akhir.Doakan kejayaan untuk dia ya,karena kakak menaruh harapan yang tinggi pada dia sebagai orang pertama yang berjaya menamatkan ijazah pertamanya.Kamu tahu,kakak taqwa orangnya pintar setiap semester tidak pernah mengecewakan dan selalunya dalam senarai dekan.Dia juga sudah menghantar permohonan untuk menyambung pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda.Kakak harap permohonannya di terima,sebolehnya kakak mahu dia terus belajar hingga ke peringkat yang paling tinggi.


Sayang masyhur...
Bercerita tentang abang mulia,kakak tak tahu harus berbuat apa lagi untuk bantu dia.Kalau sebelum ini dia mendapat tawaran politeknik kuantan,jurusan diploma teknologi makanan.Tetapi kerana tidak minat,dia lalu berhenti dan memohon jurusan diploma kulinari.Tapi tawaran yang di terimanya adalah diploma kejuruteraan,dia terlalu kecewa dan membuat keputusan untuk mengambil semula peperiksaan SPM subjek bahasa inggeris pada hujung tahun ini.Kamu jangan risau,biar pun abang mulia tidak bekerja di luar,tetapi dia punya bakat dalam masakkan.Dan dari bakat itu dia mengambil tempahan sebagai pembekal makanan beku secara kecil kecilan.Kamu tahu,abang mulia dan kakak taqwa merupakan orang yang paling rajin ke dapur.Doakan cita-cita abang mulia untuk menjadi seorang tukang masak profesional,tercapai.


Sayang masyhur...
Kakak terakhir kamu,cerdik...Ya,sesuai nama itu buat dia.Seorang yang pandai berdikari dan mudah menyesuaikan diri.Seingat kakak,belum pernah kakak menguruskan sesutau perkara buat dia.Melainkan tahun lepas,semasa dia sedang sibuk dengan PMR.Kakak cerdik orangnya mudah naik marah,tetapi istimewanya dia mudah sejuk tanpa perlu di pujuk.Tidak seperti kakak taqwa dan abang mulia yang rajuknya makan berhari-hari lamanya.Ya,mungkin saja...karena mereka lebih lama di manjakan hinggakan kadang kalanya mereka terlupa yang mereka masih punya seorang adik bongsu.Dalam kakak tak sedar,sebenarnya kakak cerdik sudah berusia remaja,tahun depannya bakal mengambil SPM,tetapi kakak masih melayannya seperti dia masih lagi kanak-kanak.


Sayang masyhur...
Yang terakhirnya buat mak dan ayah...Kamu tahu yang mak dan ayah sangat sayangkan kamu.Dan mereka selalu saja mendoakan kesejahteraan buat kamu.Kalau dulu,tak ada sesiapa pun yang berani sebut tentang kamu.Tapi sekarang keadaan sudah bertambah baik ada masanya cerita tentang kamu di sebut-sebut untuk di kenang.Mak sudah tidak mudah sebak lagi macam dulu...Dan ayah kita bakal menamatkan perkhidmatan dalam kerjayanya.Ayah bercadang mahu menguruskan tanah ladang yang terbiar.Baik juga kurang-kurang hasilnya boleh dijadikan pendapatan dan mungkin untuk di nikmati sendiri.


Sayang masyhur...
Kakak janji pada kamu,akan terus menjaga keluarga kita akan bahagiakan mereka.Kakak tak akan biarkan sesiapa cuba nak menghina keluarga kita pandang rendah pada keluarga kita.Sungguh keluarga kita bukan orang berada,tetapi kakak senang begini semua merasa bahagia bersama.Dan kakak rasa kamu pun tahu bagaimana layanan nenek dengan keluarga kita.Kakak dah biasa sejak kecil lagi hingga kini pun nenek masih lagi mahu atur semua perjalanan hidup anak cucunya.Hinggakan soal jodoh kakak taqwa pun dia mahu ikut campur.Tak mengapa sayang ini janji kakak,dan kakak tak akan biarkan nenek atur segala mengikut kemahuan dia.


Sayang masyhur...
Sampai di sini saja karangan panjang ini buat kamu.Insyaallah jika berkesempatan lagi,kakak pasti akan mengutuskan kiriman surat buat kamu lagi.Ya,selagi kakak masih punya waktu masih punya nyawa dan terus meminjam udara Tuhan.Doakan yang baik-baik buat kami,moga nanti kita akan berkumpul sebagai keluarga yang sempurna satu masa nanti.Janji ya,kamu akan tunggu.














Dikirim dari dunia  derita.....
17 june 2012
selamat ulang tahun sayang...





17 comments:

maisarah sarah said...

salam takziah PTB...semoga rohnya dicucuri rahmat ALLAH.

semoga keluargamu dilindungi Yang Maha Esa.

semoga engkau tabah duhai sahabat =)

setiap lakaran dari mu selalu membuat kan aku sebak dan berfikir sejenak.terima kasih ^_^

Unknown said...

Salam takziah, sahabatku PTB.
Kiranya sudah terlewat untuk aku ucapkan selamat pada kamu.

kawan, semoga kau semakin kuat untuk terus menghadapi dunia yang mendatang. Aku doakan semoga apa yang kau harapkan akan jadi nyata. Amin.

~* chirpy_chummy *~ said...

untunglah buat masyhur, dia telah di janjikan syurga olehNya, insyaAllah. mungkin di ketika ini dia sedang ketawa gembira di atas sana.

senyumlah.

:)

Anonymous said...

masyhur sedang bahagia di sana, apatah lagi selepas baca titipan ini.

salam takziah kawan. moga masyhur tenang di damping Tuhan.

ghost said...

kalau lah ianya betul-betul sepucuk surat utk dia, pasti dia akan sisip di dalam bukunya sepanjang hayat.

Anonymous said...

indah. sayu. tenang. entah kenapa aku rasa yang dia gembira di sana.

kau kakak yang baik

-bintang-

~Sal Ismail~ said...

pasti dia tersenyum suka andai bisa membaca surat ini..smoga bahagia utk dia di sana..juga utk kamu di sini~

p/s : aku kini lebih selesa hidup dlm 'dunia sendiri'..mungkin ada kalanya aku menyepi..tp aku selalu igtkan diri..aku masih ada teman2 di sisi yg sentiasa menyokong aku utk terus tabah meniti hari~ =)

blog-tips-kurus said...

pagi-pagi baca ini sebak tau..

muarra said...

wah penulisnya pembunuh tanpa bayangan,, pantas saja tulisan suratnya bgus seperti ini,,
mantabs senang saya bacanya sobat,,,

BERMASALAH said...

Aku yakin Masyur sedang membaca warkahmu ini sambil meneguk susu segar Syurga.

Dia bahagia. Kamu juga patut berbahagia untuknya.

Salam kebahagiaan.

LadyBird said...

salam.. surat yang seolah2 lahir dr jiwa.. sedih.. semoga perjuangan kakak taqwa untuk memperjuangkan dan menjaga keluarganya berjaya.. :).. bingkisan hati yg sgt menusuk.. lady suker..

Paolo Balam said...

kau berjaya tumpahkan air mata jantan aku. Al-Fatihah~

Anonymous said...

:') masyhur dont worry. kakak masyhur msti kotakan jnjinya. takziah..

bobok said...

doa kan .

agak lama kau menyepi

Zehan Ilyana said...

aku sayu membaca surat ini...;'(

blog-tips-kurus said...

belum update kah...?

Qiez AR said...

mudah2an dia sedang damai di alam sebelah sana menunggu kau.


takziah.