Thursday, May 31, 2012

Seseorang Yang Bernama Merah - 2 -


- Mula -


Sejak kecil merah sudah mula belajar berdikari sendiri.
Merah berani,tak pernah menangis tiap kali ke tadika.
Walaupun merah tak ramai kawan,merah boleh bawa diri.
Merah tak kisah kalau orang tak suka kawan dengan merah.
Cikgu suka merah,cikgu sayang dengan merah yang cepat belajar.
Umur merah 6 tahun,merah jadi murid paling cemerlang,mak ayah bangga.

Merah tak faham kenapa semua orang tak suka merah.
Di sekolah rendah pun merah tak ramai kawan.
Merah selalu sendiri-sendiri kalau ada kawan pun,hanya seorang dua.
Ada yang sampai benci-benci merah tak mahu dekat merah.
Tapi merah tak kisah,janji merah tak kacau orang lain sudah.
Tapi ada yang memang suka aniaya dan buli merah.

Bermula satu kehidupan yang banyak merubah merah kepada pasif.
Entah sejak bila auntie merah mula mengajar di sekolah merah.
Dan ada seorang cikgu perempuan tua yang sangat bencikan merah.
Merah mula bencikan sekolah merah mula malas belajar.
Semua gara-gara auntie merah semua gara-gara cikgu tua.
Mereka selalu cari salah merah selalu memalukan merah.

Masa sekolah rendah merah selalu jatuh sakit dan ponteng sekolah.
Pelajaran merah banyak terjejas,merah ketinggalan jauh.
Tak ada sesiapa nak tolong merah,tak ada siapa pedulikan merah.
Prestasi pelajaran merah semakin merosot teruk,ayah sangat kecewa.
Lagi buat merah malas belajar bila auntie merah mula jadi guru kelas.
Tiap kali ada matematik,merah buat alasan tak sihat nak ponteng sekolah.

Cikgu tua mengajar bahasa melayu di kelas merah masa tu umur merah 8tahun.
Merah selalu rasa tak selesa dengan cikgu tua yang selalu marah-marah merah.
Cikgu tua selalu cari kesalahan merah selalu memalukan merah.
Merah jadi benci pada cikgu tua merah jadi tak suka mahu belajar.
Cikgu tua adalah pengintip upahan nenek,setiap laku merah dia akan report.
Tapi merah tak faham kenapa benci sangat dengan merah,apa salah merah?

auntie mengajar matematik di kelas merah masa umur merah 9tahun.
auntie selalu memalukan merah tiap kali merah tak dapat jawab soalan.
Merah mula benci matematik setiap kali ada kelas,merah cari alasan ponteng.
Merah selalu minum ais batu tengah malam banyak-banyak boleh buat demam.
Esok badan merah panas,jadi merah tak perlu pergi sekolah lagi.
Merah senang hati tak perlu belajar matematik tak perlu jumpa auntie.






Kisah budak bernama merah siri  2



12 comments:

~Sal Ismail~ said...

aduh, auntie..kenapa dilayan merah sebegitu~

HAdira Kifly said...

untie dan cikgu tua adalah kroni nenek ???

bagus penceritaan kau. Tak sabar nak baca kisah seterusnya... huhuhu

ghost said...

watak merah nih adik ker atau kamu sendiri? cuma bertanya. :)

nina said...

Kenapa merah perlu hadapi semua ini di usia muda? Kesian merah

Unknown said...

sian merah

ade ke manusia kejam begini lg?

BERMASALAH said...

Merah, aku ingin sekali berikanmu kasih sayang~

sila sambung ya. aku tak sabar ini bro :)

K2r~90 said...

pengalaman mase kecil akan menjadikan satu peringatan dewasa kelak


zaman kecik saye juga kelam

Faaein Talip Roy said...

siapa merah?

kenapa mesti diingatkan kenangan yang perit itu merah..

monologtinism said...

merah,di dalam dunia ini terlampau banyak hati-hati yang kamu akan hadapi. jadi sudah semestinya tak tertanggung untuk kamu memuaskan segala kehendak hati-hati, lebih-lebih lagi hati yang keras dan kotor sifatnya. cukup kamu menjaga hati kamu dan hati-hati yang menyayangi kamu. senyumlah. sedikit rugi pun tidak ada. cuma perlu kesabaran dan pengharapan padaNya yang tinggi.sangat tinggi :)

Mawar Berduri said...

menunggu siri 2.

Anonymous said...

merah..kenapa?? kenapa merah...sedih tau tgk merah mcmni..
#eh sjak bila plak prnah tgk merah

Aing said...

merahnya!