Monday, January 16, 2012

Janji - 2 -

Persinggahan...
kau datang kala memerlukan
saat kau senang aku di lupakan
segala janji kau abaikan.


Telefon tangan berbunyi lagi,sengaja tidak aku jawab.aku tahu K tetap tidak berputus harap,dia yakin benar aku akan menjawab.sudah penat,dihantarnya pula pesanan ringkas terus menerus merayu aku supaya menjawab panggilan.katanya penting mahu bicara sama aku,bagi aku,tidak ada kepentingannya lagi.semua sudah jelas sudah tamat sejak dia mengabaikan aku tempoh hari.K mengalah dan menghantar ayat pancing ini...


"saya rindu kan awak.saya minta maaf kalau
ada buat salah.bagi peluang pada saya"


"kalau"? apa maksud dia "kalau"? seakan kesalahan yang tidak di sengajakan.aku benar-benar berjauh hati dengan K.sampai hati dia khianati aku,sedangkan aku di sini setia menunggu.dan alasan yang tidak boleh di terima adalah dengan mengatakan bahawasanya aku ini seakan tidak serius dengan hubungan yang terjalin.ini gara-gara ketika K bertanyakan perihal nikah sama aku,dan aku menjawab belum bersedia dan mahu mengejar cita-cita aku dulu.maka dia mengambil keputusan untuk bernikah dengan orang lain,tanpa sebab?

dan K memberi jaminan akan datang melamar aku itu janji K pada aku.ini bermakna aku dan isterinya akan bermadu.K mahu aku bermadu dengan isterinya,sedangkan usia perkahwinan mereka baru setahun jagung beserta seorang anak yang masih terlalu kecil.ini benar-benar gila,masakan aku sanggup mengecewakan hati orang lain demi bahagia sendiri.dan aku pasti hidup aku tidak akan tenang atas kesedihan orang lain.






Pergilah lupakan aku tinggalkan aku
hapuskanlah semua kenangan yang dulu
takdir aku bukan untukmu.....


6 comments:

eita said...

kesedihan yang melampau..
paling marah kalau kasih di khianati..

Bidadari Syurga said...

aduh... sakit rasanya. lantas apa keputusanmu seperti di dalam tulisan ini?

LadyBird said...

beginikah lelaki.. mencintai yang lain tetapi mengahwini yg lain.. lepas tu ade hati plak nak mengambil balik hati yg telah dilukai.. gila ke hape manusia mcm tu.. nmpk sgt jenis pentingkan diri sendiri..

~Sal Ismail~ said...

serius..jika aku di tempat kamu,juga tidak mungkin menghancurkan hati si isteri..~ berat sekali dugaan itu.hanya Allah yg memahami..moga terus tabah mengharungi hari~

ghost said...

'kalau' itu cuba untuk menggambarkan bahwa K belum tahu atau sedar dengan apa yang jadi sebelum nih antara kau dengan dia.atau mungkin dia anggap itu cuma suatu yang bukan pun kesalahan.

tapi dia rindukan kau.. :(

Unknown said...

Aku dapat rasakan hidup kau makin rumit hari demi hari . .