Sunday, January 15, 2012

Janji - 1 -



Madu...
manis di bibir pahit di hati
perkongsian hati antara dua
dalam redha pasti ada cemburu


Sejak akhir-akhir ini kerap kali K menghubungi aku di telefon tangan tidak kurang pesanan ringkas yang di kirimnya.aku sendiri sudah mulai bosan membaca tiap patah madah dan janji manisnya yang berjanji akan mengotakan janji yang dulu.bagi aku,janji yang dulu hanya sekadar omogan kosong dari seseorang yang tak punya hala tuju.ya,tika itu aku dan dia masih menuntut.masa berlalu begitu pantas dan akhirnya aku lebih dulu pengabiskan pengajian sedangkan K masih lagi ada satu semester yang perlu di kejarkan.

sebaik habis pengajian aku sudah mula bekerja dan K masih lagi dalam pembelajaran.aku sibuk dengah urusan sendiri hinggakan tak sedar K akhirnya telah pun menamatkan pengajiannya untuk akhir semester itu.sebelum pulang ke kampung halaman,sempat kami bertemu untuk buat terakhir kalinya.aku dan K bertukar hadiah tanda kenang kenangan di kala jauh.
beberapa bulan selepas itu K semakin mendiamkan diri.tapi aku tidak terasa hati kerana aku sendiri terlalu sibuk dengan urusan peribadi.hinggalah pada suatu hari.....


- Di hari konvokesyen -

"kau tahu, K sudah berkahwin?"

"kahwin? aku tak tahu..."

"selepas beberapa bulan tamat pengajian,K sudah bernikah"

"tak kan lah...dia sudah janji akan tunggu aku"

"kita lihat nanti,dia akan tegur kau atau tidak"


K hanya memandang aku dari jauh tidak mahu mendekat apa lagi membalas semua pesanan ringkas yang aku hantar kepadanya.hati aku sebal pedih,di hari aku mengharapkan dapat berkongsi kejayaan ini dengan dia.tapi dia sendiri telah mengguris hati aku pada hari tersebut.dan sejak hari itu aku mula menjauh tidak lagi mengharap pada dia.hinggalah dia akhirnya kembali mencari aku......







- JANJI 1-





9 comments:

ghost said...

barangkali dia ingin menjaga dirinya dari pandangan orang sekeliling dan menjaga hati orang yang kini menjadi teman hidupnya.

bukakan hatimu..pasti ada yang ingin ditunjukkan dari itu.

lieynanilaz said...

sabarlah...k bukan jodohmu...kuatkan hati untuk teruskan kehidupan mendatang..

~* chirpy_chummy *~ said...

mungkinkah K mahu berkawan smula dgn kau? atau dia ingin menagih kasih seperti dahulu? sekiranya no 2 yg mengganggu fikiran kau, tinggalkan K, lari sejauh mungkin.

monologtinism said...

kalau dia masih beristeri dan punya keluarga yang bahagia harus lupakan..walaupun cuma ingin berhubung sebagai tak lebih dari kawan,tetap akan menggangu perasaan, dek kenangan yang susah untuk pudar dari ingatan..

dill said...

awak,

manusia berubah. kuatkan semangat. teruskan perjuangan

dill.

dania said...

lepaskan..

dan

biar masa yang menentukan.

Mutiara Bernilai said...

...

mungkin pengkhianatan janji itu juga sebenarnya jawaban terus dr Tuhan bahwa dia bukannya utk kamu,,

pedih, tapi aku tahu kamu kuat dear..

Unknown said...

Jika baik yang kau pilih , maka baiklah jadinya . .

Namun jika sebaliknya yang kau pilih , yang sebaliknya yang akan berlaku . . . Tepuk dada , tanyalah Iman . .


Ingat kawan , Live well or live hell , You Choose . .

si ngokngek said...

manusia berubah dan perasan seseorang tue pun berubah-ubah..munkin ada story disebaliknya..atau mmg ada yg lebih baik untk awak..