Senja itu kaki melangkah ke dataran yang luas,duduk seketika di bawah satu pohon yang rendang.menikmati keindahan terbenamnya matahari tika itu.biasan warna jingga merah di langit kelihatan bagaikan seni abtsrak paling mahal,itu lukisan dari Tuhan.beburung terbang berkumpulan masing-masing ingin segera pulang ke sarang,itu tanda tetamu malam akan berkunjung.
Hembusan nyaman angin mendamaikan hati,kala ini segala gundah hilang bagaikan telah di bawa pergi oleh mentari tadi.langit biru mula berubah wajah menjadi kelabu dan kelam suasana menjadi semakin dingin.keramaian yang tadinya hingar dan bingit kini semakin senyap dan sepi.satu persatu melangkah pergi.
Saat itu aku juga turut bangkit dari duduk dan melangkah pergi membawa haluan yang tidak pasti.dengan membawa rajuk di hati yang tidak terpujuk,dataran ini aku tinggalkan sepi biarpun sang bulan sudah sedia menanti untuk bertemu janji.
Dalam tidak sedar
seringkali mengabaikan
dan di saat memerlukan
dia sudah hilang dari pandangan.....
14 comments:
aku tahu kau bukan manusia yang lemah..aku tahu kau kuat..hidup kekadang tak sama dengan apa yang kita rancang..aku doakan kau..
setiap manusia punya 'pedang' jgn kalah ok... kekdg akak juga mahu seseorg beri ampu semangat.... thanks god... dia selalu ada... semua... maka itu adik mesti kuat. cuba cari ya...
kuat ok... demi masa...
kau perlu merenung ke dalam diri kerana kekuatan itu ada sebenarnya...dalam diri kamu...
lukisan alam memang indah..
mendamai hati manusia gundah..
selalu kita hadapinya berkali-kali,berulang meski kita sering diingatkan utk tidak melakukan perkara yang sama,perkara yang akan membuatkan kita penasaran.
Kalau sy di tmpt awk, sy tak yakin sy mampu jd setabah awk biarpun pd dasarnya awk ingin sekali tukar haluan. Awk kuat awk. Jgn risau, doa pmbaca awk sntiasa akn brsama awk.
(Dalam tidak sedar
seringkali mengabaikan
dan di saat memerlukan
dia sudah hilang dari pandangan.....)
benar apa yang kau katakan, kawan...
kekadang aku rasa seperti sudah berputus asa, tapi aku perlu kuat untuk terus melangkah kehadapan...
Aku doa yang terbaik buat kau... Aku rindu senyuman kau...
jangan merajuk trlalu lama.. ;)
cari saja dia di mana..
memang senja itu lukisan terindah..dan senja lambang keindahan sementara..
hargai selagi ada.... =)
dah lama rasa tak tengok matahari terbenam..
serabut skrg ni rs mcm x nak keluar rumah pn.. =__= taknak jumpa sesapa..
* dia anak sedara ku.. bukan adik.. =)
kerna mungkin sudah selesa,
terasa dia hanya biasa-biasa,
hanya saja dia hilang dr mata,
baru saat itu kita terasa,,,,,,
sungguh, dia bukan yang biasa2 di hati kita..
syg, kamu kuat..teruskan berjalan..seperti mentari yang sekejap timbul sekejap tenggelam..
Lonely...
Sabar... akan tiba masanya jugak...
Post a Comment