Tuesday, December 20, 2011

Usia : Black Forest Untuk Mak


SELAMAT HARI LAHIR MAK
MOGA PANJANG UMUR MURAH REZEKI
DAN HIDUP LEBIH DIBERKATI ALLAH HENDAKNYA
AMEEN.....




15 november 1964 tarikh kelahiran mak,dan agak lewat mungkin untuk celebrate bersama.Ya,segalanya di atur pada ahad lepas setelah segala kesulitan dan komitmen penting di selesaikan terlebih dahulu.Mak tidak kisah tentang itu,apa yang penting,dirinya diingati dan didoakan yang baik-baik dari anak-anak dan suami tersayang.Usia mak semakin bertambah dan kadang kalanya keadaan kesihatan mak selalu saja tidak menentu.Harapnya mak akan bertambah sihat selalu,ini doa tulus dari hati.

Selama  bertahun-tahun mak menjadi mak aku,banyak pengorbanan yang mak dah buat untuk kami adik beradik.Mak seorang yang sangat sabar dan tabah terutama semasa mak berhadapan dengan pemergian masyhur.Aku tahu tika itu sudah pastinya mak paling sedih karena saat masyhur melalui hari-hari terakhirnya,mak sentiasa berada di sisi.Hinggalah saatnya mak melagukan setulus hati ayat suci buat masyhur,aku dapat lihat  ada manik jernih di tubir matanya paling hujung,tapi cuba di tahan dari menitis.






Aku harap itu kali terakhir
airmata kesedihan mak menitis
harapnya  di satu masa nanti
mak menangis kerana kenangan manis...

14 comments:

venus said...

moga selalu bahagia buat ibu kamu. teruslah menjadi anak yang sentiasa berbakti pada ibu.

Waqheh said...

ibuku..mengapa engkau menangis...wlupun ayah telah tiada..itu tak bermakna akhirnya hidup kita...ibuku tenangkanlah hati mu...

lieynanilaz said...

semoga jadilah anak yang menggembirakan hati ibu...:)

Afiq Ah said...

selamat hari lahir buat ibumu. tolonglah sapukan air mata dia tika dia sedang menitiskan air mata.

cimöt said...

happy besday mak...semoga panjang umur dan dirahmati selalu..

eh eh..boleh ke aku panggil mak ni? hehehe

Shila said...

selamat hari lahir mak..!

moga diberkati usia..
dimurahkan rezeki..

si ngokngek said...

selamat hari lahir makcik,
eh mak hang bca blog nie tak..haha


jgn buat mak sedih ya nak,hee

Zuemiey Khairuddin said...

jangan lupa bahagiakan dia~!! =)

BERMASALAH said...

moga semua ibu-ibu di dunia ini diberkati Tuhan, diberikan pahala, dan dimasukkan ke dalam Syurga.

selamat ulang tahun kelahiran buat ibumu :)

Bidadari Syurga said...

semoga kamu dpt bahagiakan dia dengan cara yang terbaik... jgn bagi ibu kamu menangis ok... jadi anak solehah/....

~Sal Ismail~ said...

Smoga kebahagian sentiasa mengiringi perjalanan hidup kalian sekeluarga..~ =)

. said...

moga sihat orang yang tersayang hendaknya.

aamalinaazman said...

selamat hari lahir ibu! :))

hanaahmad said...

selamat ulang tahun! aku doakan yang terbaik buat kau sekeluarga! ;)