Wednesday, December 21, 2011

Insomnia



Tamat waktu kerja jam 10 malam
masuk bilik cari laptop
cari-cari mukabuku,blog,tumblr
penat,bosan,jemu,sunyi
*mengeluh

tumblr
taip-taip padam
15minit setengah jam 1 jam
masih kosong
*mengeluh

tenung jam dinding
1 detik 2 detik 3 detik 4 detik
dah pukul 12 malam
baring atas karpet warna coklat
pusing kiri kanan terlentang meniarap
*tak selesa

naik katil baring terlentang
padang syiling beberapa saat
dakap erat bantal selubung dalam selimut
mata pejam celik pejam celik
*mengeluh

tenung jam di telefon tangan
sudah pukul 1 pagi
tiap-tiap malam begini
tak boleh lena lagi
aku insomnia lagi.....






ada yang mengganggu fikiran
serabut sesak sempit kacau
aarrrghh.....(sambil tarik rambut)

11 comments:

hanaahmad said...

sejak aku bekerja sehingga lewat malam ni, isomnia sering bermanja2 dengan aku. kurang2 jam 3 baru boleh tidur. aku rasa ubatnya hanyalah balik kerja, mandi dan terus tidur ataupun membaca sebelum tidur.

Waqheh said...

nasib baik gua kerja guard ni dapat laptop ngn brukben..idak jemu mampos

~SaL IjOu~ said...

penangan keje shift dulu,aku terbawa2 sampai skrg..susah mau lelapkan mata seawal mlm..~

ada yg mengganggu fikiran? hmm, nampaknya perlu cepat2 cari penyelesaian..^^

~* chirpy_chummy *~ said...

lepaskan apa yg ada di fikiran.
kosongkan minda.
selawat sebelum tdo, menjadi lullaby yg istimewa.
cubalah.

delarocha said...

jgn paksa diri untuk tido, ngantuk akan datang sendiri... hehe

penjajah minda said...

jangan tarik kuat2 rambut tue.kang botak xde yang nak.hehe

monologtinism said...

taktahu apa yang ingin ditaip, barangkali penat sudah menulis rasa..ada yg sama.

ch!natsu said...

insomnia.. ubt utk aku, dgr lagu2 omputih lama yg slow.. sbb tue aku sgt familiar ngan lagu oldies zaman tok kadok.. tp aku msih berjiwa muda ok.. =P

semoga terlerai segala yg mengusutkan.. insyaAllah..

Teenager Housemaid said...

sering mengalami insomnia juga..:)

Afiq Ah said...

lepaskan segala yang rasa sempit difikiran. kelak, kau akan lega dan mudah bertemu mimpi dalam tidur.

hara said...

isomnia..
ssah sket term tu nk ad dlm hidup ak.
bkan stakat bntal, sorongla ap2 pn, tdo aje!
btw, try minum susu b4 tdo. myb it'll help :))