Thursday, September 1, 2011

Tipu


Syawal pertama
kosong tiada apa makna
rutin sama setiap tahun
pagi rumah nenek
petang rumah opah
malam sedara terdekat saja

syawal kedua
pagi rumah mak ngah
malam rumah mak andak
berkampung sampai tengah malam
aku terlelap baru mak gerak pulang.

syawal ketiga
aku di rumah tidak ke mana
duduk berkurung dalam bilik
blogwalking,muka buku,tumblr
hari yang cukup bosan.....


-N-
ajak keluar berjalan,aku menolak beribu alasan dia tahu aku tiada mood untuk beraya dia sendiri baca di teratak sana.dia kata rindu lama tak jumpa aku,tapi aku buat tak tahu,aku tak niat begitu,tapi ini benar keinginan aku untuk berhari raya memang tiada.banyak hal yang aku fikirkan sepanjang ramadhan lalu hingga kini.september menjelma kini penghujung tahun sudah semakin hampir.aku perlu menjauh dari dia aku perlu keluar dari kehidupan dia.aku tidak boleh teruskan lagi semua ini jalan carita ini sudah tidak mengikut skrip semua berselerak tidak mengikut rentak.

dan hari ini aku cuba tipu dia lagi dengan mengeluarkan post di laman sana,khabar tentang kehilangan aku nanti.itu saja jalan yang ada jalan paling halus untuk aku keluar dan lari dari realiti hidup dia.tak sampai hati aku terus saja beri nyawa palsu untuk dia sedangkan aku sendiri terus mati secara perlahan tanpa dia sedar,bahawa kehidupan yang membahagiakan yang dia miliki adalah melalui kesakitan diri aku sendiri.mahukah dia terus hidup bersama seseorang yang sudah mati hatinya?







aku mahu hilang secara perlahan
seperti hembusan angin nyaman
yang tidak kelihatan
datang menyentuh tanpa jasad
dan hilang tanpa meninggalkan jejak.....


13 comments:

Unknown said...

maju nye engko ade tumblr

ORLANDO AHMAD said...

Gua tak sempat nak bukak komputer, sibuk layan peminat2 yg datang umah beraya keh3

penjajah minda said...

raya yang bosan ea? same la tue

Faaein Talip Roy said...

nape ko nak menghilang weh? kembalilah dengan kehidupan baru.. pasti ada sinar yang indah untuk kau..

Shila said...

nanti kalo ko berjaya ilang tanpa jejak,ko jangan lupa bagi kt aku tips tu..

aku pun mahu menghilang..

lavender harum wangi said...

hihi, kamu tahu, saya ada satu lagi blog. dan saya dah sampai pun kat sini melalui blog yang lagi satu tu.


btw, saya juga tiada mood beraya. hati dikecewa cinta dunia. tapi bila dapat duit raya, saya gembira!! so, chill :)

ewanthology said...

raya pertama je meriah, pastu biasa2 je... sebab tu tak amik cuti lama lama sangat.

dania said...

*BIG HUG*

Hujan Merah said...

kau pasti ada yanga akn rindukan kehilangan kau?

takut nanti kau yang tak mampu menahan sakit bila lihat org yang kau harap rindu kau sudah buang kau terus dari hati :)

selamat hari raya :)

jiranmafiarussia said...

sedikit persamaan.
aku pun kalau boleh nak hilang jugak.
tapi bukan semudah itu kan?


carilah jalan penyelesaian yg lebih baik. selamat hari raya :)

BERMASALAH said...

raya kedua, guwa sudah mula makan mcgi.

selamat hari raya.

Paolo Balam said...

face the reality, jgn lari2...suatu masa nanti kau lenguh kaki...

~Kenanga Suchi~ said...

bukan mudah jadi kekasih gelap.
puas cuba berlari.
terkadang aku kembali juga.
walau hanya melihat dari kejauhan.
rasa tetap tak mampu dibuang.