Kau aku panggil "bastard"
kata keji?
tapi itu selayaknya buat kau sial!
tak ada adab tak ada sopan
kau aku pandang celaka.
kau si tua "bastard"
si tua keparat tak sedar diri
kubur panggil mari rumah kata pergi
tersengih-sengih nampak gigi
kau fikir muka kau cantik?
kau si tua "bastard"
duduk rapat-rapat bau macam harjad (haram jadah)
tangan gatal berjalan-jalan
ambil kesempatan tak kira tempat
kau suka bila dia tak melawan
kau memang bangsat!
naik pengangkutan awam banyak cabaran terutama pada gadis-gadis perawan.kalau si jalang,aku tak kisahkan tapi bagaimana pula nasib gadis-gadis sopan? naik train ada coach untuk wanita,kenapa tak fikirkan bas untuk wanita juga? di dalam bas,risiko untuk ambil kesempatan terhadap gadis-gadis memang tinggi.terutama bila pemandu bas memandu laju di selekoh atau mungkin membrek.kala itu tersinggung atau bersentuhan secara tak sengaja atau sengaja memang akan berlaku.dan masa ini juga syaitan-syaitan manusia celaka akan memulakan agenda.
turun dari bas aku merenung tajam
wajah penuh amarah
dalam hati berjuta caci maki untuk kau
doa aku moga kau mati di gilis lori!
18 comments:
ruang utk wanita dlm bas? 1 langkah bijak! sokong
1.THE NAKED WRITER :
aku juga fikir begitu.perlu ada ruangan khas untuk golongan wanita.kerana mereka sering menjadi mangsa rakus si lahanat ini.
ah, lelaki mata keranjang!!
Aku benci!
Aku suka kalau dia ,mati digilis lori!
BTW, sokong untuk ruang wanita dalam bas. Idea bernas.
selalu kena. aku cuma mampu merengus dan himpitkan diri ke dinding bas. tapi dia ikut himpit juga! lalu aku hadang belakang ku dengan beg.
pernah juga kena camni... dlm tren(dulu xde lg coach pompn)time duduk, ade jantan tua nk mampos duduk seblah, di himpitnya kita, pastu tgn meraba2.. gila! :(
memang wajar dipanggil bastard.
istighfar banyak-banyak.. bulan puasa ni.. kenapa kau tak belasah aje manusia tu?
lelaki punya mata
memang keranjang
tambah pendatang asing -_-
penganggur2 tak bertauliah
ah.panas betul aku kalau dorang usha2 dari atas sampai bawah
memang! cilake betul
tapi gadis2 sekarang sgt garang, bukan stakat aku pegang, nak pandang pun aku takot...hahaha
napa ko marah dalam hati je??
patut lempang aja si bastard itu, kawan :)
tp kalo aku sendiri pun belum tentu ada kekuatan utk lempang.cuma boleh hrp ada laser keluar drpd mata aku.haha
tua2 pon gatal lagi... memang nahas laa... hmm...
aku cadangkan ruang utk lelaki seperti coach lelaki. biar lelaki bastard itu buntu.
ntah la... aku pun tak paham....
kadang2 yg tak bermoral nih,bangsa kita sendiri.... yg kununnye beragama islam.....
malu pada bangsa asing yang lebih mulia perangainye dari org melayu yg kununnye penuh dengan sopan santun.....
bas utk wanita.nice!
mati digilis lori.amin~ha3
xbaek2, smoga "beliau" mndapat hidayah
um. bagi macy kan. nak keluar biar ada lelaki.. walau kawan. tapi haruslah yg dipercayai..
macy di sini semuanya perempuan.
bilamana gadis kecil ini yg penakut adalah si gadis kecil paling berani.
harus siapa jaga siapa..
tp lagi seronok keluar dgn muhrim.
sememangnya terjaga.
buat si gadis sopan, sopan sentiasa ;D
Post a Comment