Thursday, July 14, 2011

Mari Bunuh Aku


Malam suram yang dingin
kau datang mengetuk pintu kamar ku
ketukkan bertalu buat aku jaga
dalam separa sedar aku lihat kau
berdiri di depan aku.

aku tidak menyapa
dan membiarkan kebisuan berlalu
renungan mata penuh pesona
ada senyum di bibir penuh makna
tersirat.

aku tunduk memerhati tangan kanan mu
penuh berdarah menggengam sesuatu
kau raih tangan ku letak di dada kiri mu
berongga dan kosong!
kau kata "ia bernyawa"

sekilas aku pandang ke wajahmu
masih begitu dengan senyum itu
aku kaku terpasung di situ
tanpa kata tanpa bicara
dan hanya memandang sayu.
Aku meraih tangan mu
menghulur sebilah belati tajam
mari bunuh aku! mari bunuh aku!
teriak aku bagai merayu
tapi kau kaku tak bergerak.

kau diam membisu
hujung mata aku lihat genang
kau masih begitu tetap senyum
kau pandang aku penuh sayu
jemari ku kau genggam.

tangan kau sejuk bagaikan membeku
jemari ku kau buka lalu kau letak "ia"
di telapak tangan ku
sebelum berlalu sempat kau bilang
simpan "ia" di dalam hati mu...





dan malam itu adalah
malam yang tragis...

11 comments:

Amalina said...

dia bagi betul-betul?
aku rasa dia seorang yang kuat kerana bisa keluarkan ia..aku sendiri tidak mampu memberikan kepada sesiapa..

Shila said...

kau simpan tak?

monologtinism said...

sayu pula aku baca

ambil dan genggam.
lahirlah satu semangat yang baru.

Unknown said...

hurm..ko bertindak berani..tapi berbaloi tak

Faaein Talip Roy said...

Dia sayang kau lebih..

chirpy_chummy said...

kenapa aku menangis terharu membaca ini? sayangilah ia..sungguh2..

silent said...

wah.dapat membunuh!

ghost said...

aku membayangkan 'ia hidup',sentiasa hidup,meski pada dasarnya ia telah 'mati'..

dia tetap mencintaimu.

Paolo Balam said...

romance-thriller ni...kau berjaya bawa aku jadi kau...sehingga tiba 'malam yng tragis'...

ORLANDO AHMAD said...

gua suka malam

Mawar Berduri said...

simpan ia di dalam hati mu...