Monday, July 18, 2011

Jalan Menuju Abadi - 2 -

Jalan menuju abadi?
adakah ia juga seindah mimpi fantasi?

ya,sangat indah
malah lebih indah dari mimpi mu,merah.
lebih indah dari mimpi ku?
jika begitu,aku mahu
tolong bawakan aku ke sana
teringin benar aku mahu melihatnya.
Mari,ikut aku merah
sama-sama melangkah ikut belakang aku
akan ku bawa kau ke sana
dan amanlah selamanya


* merah melangkah dengan teruja


mara ke depan merah
teruskan berjalan ke depan
jangan kau toleh lagi semua yang
kau telah tinggalkan berjalanlah dengan tenang
baiklah rama-rama biru akan aku turuti
ini impian aku mahu mengejar hidup
yang indah ingin ku tenang sampai bila-bila
aku langkah satu-satu


* merah terus melangkah ke hadapan tanpa sedar
kakinya sudah tidak berpijak lagi pada tanah


bersedialah merah
pejam rapat matamu untuk melihat dunia baru...


mata di pejam rapat
dan tangannya di depakan...









dan merah sampai juga ke dunia abadinya
buat selama-lamanya tanpa jasad sempurna.
jalan menuju abadi 2


8 comments:

PenjuruKosong said...

menuju abadi..
inikah caranya??
sudah cukupkah bekalan??

terus menanti dengan sabar..
mengumpul bekal
yng mungkin tak akan cukup..
sebelum masa tiba..

ghost said...

aku seolah terhipnotize dengan separa khayalan...aku cuba menyerap watak merah sambil mendepangkan tangan aku..perlahan dan ditiup angin petang...aman dan nyaman.

jalan menuju abadi tidak lah seperti yang aku sangka.ia lebih berat dari itu.

monologtinism said...

merah tak ada sayap macam rama-rama biru. kasihan
ini bukanlah jalan menuju abadi
ini menuju mati

penipu
penipu


eh apalah aku terlibat emosional sama ni
~_~"

Amalina said...

nape kau tulis terabur-terabur?
tahu tak mata aku ni malas nak bergerak ke kiri dan ke kanan?

chirpy_chummy said...

ah,mudah sungguh merah percayakan rama2 biru..


apakah yg di rasa? selesa? puas? aman?

*sigh

Mutiara Bernilai said...

jangan merah,,
abadi itu pasti,
memang pasti,
namun, ada juga yg tidak pasti,
kepergian itu adakah pergi yang menemukan dgn kebahagiaan abadi atau penderitaan yang abadi,,

hakikatnya, bukan 'pergi' itu yang abadi,,tetapi 'bagaimana kamu pergi' itu yang menemukan kamu dengan penghujung yg abadi. derita atau bahagia. u decide it Merah,,




**uwaa,,lamenya x singgah sini, siyesli, even xkenal, tp kite rindu nak dtg sini.. :'(

ORLANDO AHMAD said...

takut nak pejam mata rapat2

Mawar Berduri said...

aku suka. suka yang ini.