Friday, June 24, 2011

Kata Maaf


log masuk ke laman muka buku ada 1 pesanan masuk ke kotak pesanan.klick buka dan baca...ada 1 nota pendek dari dia.beberapa baris ayat itu dia menyatakan maaf dan rasa bersalahnya pada aku kerana mengkhianati janji dulu.dia benar-benar kesal dan rasa bersalah memohon maaf pada aku dengan bersungguh.katanya hati dia tidak tenang,maka satu malam laman blog lama aku di geledahnya.ke semua tulisan aku tentang dia habis di khatamnya malam itu.

aku bertanya apa yang di carinya di teratak sebelah sana?
dan dia menjawab dia sendiri tidak tahu,rasa bersalah kian menghantui dirinya sejak dia meninggalkan aku.dan lebih terkesan,bila hidupnya kini menjadi agak berantakkan.katanya
lagi,ini adalah balasan dari TUHAN kerana telah mengkhianati aku dulu.

aku terdiam agak lama...beberapa jam selepas itu aku kembali membalas pesananya.
saya dah lama maafkan awak sejak dari mula lagi.saya tahu awak lebih sayangkan dia lagi.
saya cuma harapkan awak bahagia dengan dia yang menjadi pilihan awak.sayang saya
pada awak biar saya simpan sendiri...dunia saya dengan awak jauh berbeza,tak ada jalan pun...






kasih yang hadir tiba lewat
belum sempat di luah jadi milik orang
aku belajar untuk menerima
memang susah tapi tetap cuba
akur aku bukan rusuk yang
cocok buatnya tidak sepadan bersama

11 comments:

PenjuruKosong said...

rasa bersalah menghantui
hati takkan tenang

itu yg sentiasa dirasa pd pengkhianat..

~Kenanga Suchi~ said...

rasa itu memang akan selalu wujud di hati mereka yang meninggalkan... namun,... itu jalan yang mereka pilih... harus juga ditelan... yg ditinggalkan... hanya kemaafan akan berikan seribu ketenangan...

Unknown said...

inikisah cinta kah

Amalina said...

ni cerita sedih ke?

Mutiara Bernilai said...

pasti hadir 'dia' yang c0c0k, 'dia' yang berkngsi rusuk,,

bookseller said...

dia, bukan milik kita, setelah Tuhan menentukan begitu. Dan dia, bukan milik kita selepas dia sendiri memilihnya.

memaafkan, bisa merubah cerita depan kepada yang lebih indah (mungkin)

kerana rasa luka, akan kejap menyimpul rasa dendam, paling seni di sudut hati..

kadang, bila kita cuba atau mahu memaafkan, kita sebenarnya cuba memberi ruang pada hati untuk mengerti kenapa ia terjadi..

tapi hidup ini indah, meskipun yang berputar di keliling kita adalah pengkhianatan...

hepp!!..

senyum, meski hati sarat luka. saya belajar begitu demi hidup esok hari..insyaallah.. :)

salam hormat..

ghost said...

mudah jer aku nak bagi solusi..

mencintai tak semestinya memiliki.

Hujan Merah said...

aku pulak tidak pernah kuat untuk menyatakannya pada dia...

Seroja Jingga said...

yeah..

lebih baik berjauhan tapi mesra dari bersama tapi tak gembira..

memiliki seseorang bukan bukti ujudnye keikhlasan cinta..apa gunanya bersama sedangkan hati pada yang lain..

move on sweet heart..kamu boleh..
eh bukan !KITA boleh ;)

Mawar Berduri said...

aku rasa aku memahami perasaan 'dia'.

menyesal.

itu saja aku dapat ungkapkan.

kerana aku dihantui rasa menyesal hingga kini.

Unknown said...

We can forgive, but we can't forget...


Senyum biarpun di dalam hati penuh gelora yang melanda. Biarlah kita melakonkan babak paling ceria dalam hidup kita, meski pun diri kita dilanda badai yang tak sudah. Semoga bahagia selalu.