Sunday, June 26, 2011

Peluang Mulia


Log masuk muka buku di laman status mulia dia keliru.ada peluang baru datang dari kuantan.politeknik jurusan teknologi makanan "diploma" dia minta pendapat untuk buat pilihan.
aku hanya balas ikut pada kemahuan dan pemahaman bukan masa belajar yang di kejarkan.minat mungkin boleh di pupuk tapi bagaimana dengan keinginan hati yang tak di puaskan? paling penting,jangan terlalu mendengar kata orang berbaur hasutan dengki.

cara belajar kau lain dan tak sama macam taqwa.jika impikan jangka masa singkat untuk ke universiti teruskan saja sesi STPM nanti.tapi memang kau terpaksa korban diri belajar bagai nak mati.ini serius! aku sendiri pernah merasa tekanan di fasa itu.tapi,andai kau mahukan sesuatu yang baru di mana kau nampak masa depan tapi ianya agak jauh,kau boleh teruskan ke politeknik.jangka masa untuk ke tingkat universiti mungkin makan masa yang panjang.tapi tak mengapa kalau kau sanggup untuk bersabar.






aku harap teruna tunggal
satu-satunya ini mampu berdikari
sudah masanya untuk dia belajar
tentang hidup belajar mengenal diri
belajar untuk makan suap sendiri
aku harap dia paling berjaya nanti.
ah,kenapa sebak saat menaip ini?

13 comments:

Mawar Berduri said...

aku harap teruna itu mampu memilih. bukan kerana kejarkan kerjayaan yang cepat. tapi hanya untuk ilmu yang bermanfaat untuk dirinya.

aku dulu belajar untuk lulus peperiksaan dan aku memang lulus. tapi ilmu itu hanya untuk peperiksaan sahaja, bukan untuk akhir hayat.

sedih dengan nawaitu aku.

~Kisah Hati~ said...

semoga dia mampu memilih jalan yang terbaik buatnya... aku sudah berada di tahap tinggi... namun sepertinya aku tak punya apa2... aku hanya mengharung tapi tidak menelitinya...

CassiaSiamea said...

lelaki..
kena blaja buat pilihan..
sendiri..

intan.maisarah said...

sudah sampai maanya untuk pilih jln hidup sendiri

missSenget said...

moga teruna dapat memilih yg terbaik.. :)

Penulis Bogel (the naked writer) said...

aku juga 'teruna' yang pernah dalam keadaan itu. STPM itu sebenarnya buka jalan singkat, tetapi titi gantung ke seberang...berani atau tidak...? terpulang...tpi pastikan ada minat

JARI YANG TERBARAI said...

kalau asik nak ngikot kata2 orang sampai bila bila takkan ke mana

ghost writer said...

dia pasti mampu berdikari.kerna dalam cepat atau lambatnya gerakan lelaki dia tetap akan sedar satu masa nanti..dont worry.

Mutiara Bernilai said...

pasti ini untuk adik kamu kan dear?









*aku doa dr sini, moga yg terbaek buat kamu dan adik2!

Ayu Azuri said...

semoga hati lelaki dia mampu memilih sesuatu yang tepat. Minta dia rebut peluang yang ada, jangan jadi seperti aku yang mahu ke menara lebih tinggi tapi menolak untuk berada di tangga pertama sebaliknya terpaksa menunggu setahun lamanya untuk berada di tangga kedua... Kini, entah bila aku boleh berada di tangga ketiga. Hanya waktu dan usaha yang dapat menentukan...

orked.ungu. said...

Semoga teruna tunggal itu berjaya.
semoga teruna tunggal itu tabah harungi hidup yg tak seindah mana.
semoga teruna tunggal itu bahagia dengan hidup yg dia pilih.
semoga :) insya-Allah

Encik Psychopath said...

politeknik not bad. aku lepasan poli yang not bad juga.



header style.

suara jahat + usang said...

kau seorang yang boleh aku gelarkan wanita....biarkan dia memilih tetapi kau harus membantu mensihatinya...


aku sedang mempelajari sesuatu di peringkat ke-2 tetapi jujurnya aku lebih meminati seni,namun aku tidak mampu menolak harapan mereka yang berhempas pulas membesarkan aku....