Sunday, June 12, 2011

Hilang Semangat


3 minggu berlalu
masih terkenang-kenang lagi
tapi apa daya semua telah berakhir
dan mesej terakhir itu merupakan
peluang terakhir juga bagi aku.

Bila ada peluang besar di depan mata peluang keemasan yang terbentang luas laksana padang berharga.peluang yang bakal merubah segala.peluang yang akan merealisasikan segala cita-cita menjadi kenyataan impian menjadi hakikat.tapi di saat tangan cuba untuk meraih,pegangan tak kuat maka ia terlerai lalu jatuh terhempas.maka berkecailah ia.saat itu apa yang mahu kau tangiskan lagi? tiada apa melainkan teruskan memeluk erat apa yang masih bersisa.

Entah apa yang bersarang dalam tubuh lemah ini,aku sudah tidak kuat lagi melainkan berserah saja pada ilahi.peluang yang datang aku lepaskan saja berlalu kerana keadaan kesihatan yang tidak menentu.sedangkan yang datang itu adalah cita-cita aku.mungkin juga Tuhan tidak mengkehendakkannya buat aku.maka semua itu diambilnya kembali mungkin ada sesuatu yang tidak baik buat aku.siapa tahu,itu kan rahsia Tuhan.





masih meneruskan perjalanan
yang terhenti seketika dulu
masih berada dilorong yang sama
takala lorong di sebelah lain
menutup jalannya buat aku...


6 comments:

~* chirpy_chummy *~ said...

Bersabarlah.




Tarik nafas panjang-panjang.

Hembuskan kuat-kuat.

Biar lega.

Unknown said...

its all up tu u

Unknown said...

Berbahagialah dengan senyuman yang kau miliki,
pasti ada sesuatu yang telah disuratkan untuk kau diluar sana.

Bersabarlah kawan...

Encik Psychopath said...

bukankah hidup ada perhentian.
tak perlu kencang terus berlari.
helakan nafas panjang dan siap utk berlari kembali.

Mutiara Bernilai said...

dear,
mutiara pernah menolak serentak dua tawaran besar buat diri Mutiara, tetapi terpaksa di tolak memandangkan ketika itu baru beberapa hari patah tulang tangan..hati pecah saat itu,,tapi akhirnya memujuk diri untuk bersangka baik dgn Dia,

akhirnya, nampak juga 'kenapa',,

its all happen for a reason, happen for the best..

senyum utk mutiara bleh x?

:)

penaberkala said...

the past cannot be changed, but the future is still in your power

being prepared for those opportunities that come knocking

all the best, and never lose hope