Friday, June 10, 2011

Barang Pinjam Yang Rosak "2"


Sejak keluar dari hospital baru sekarang dapat keluar lihat matahari.mata terasa silau pedih mungkin kerana sudah lama tidak lihat cahaya matahri.selama ini hanya melihat cahaya lampu kalimantang saja.dan perasaannya lain sekali dan kepala aku sedikit berpinar.beberapa hari selepas itu aku di serang mingrain.sejak keluar hospital dan mula bekerja,masa tidur aku jadi tidak menetu.aku mengalami insomnia.dan ini mewujudkan lingkaran hitam di bawah mata.

badan aku lemah dan tidak kuat seperti sebelum aku sakit dulu.dan kekerapan di serang migrain buatkan aku agak terganggu.teringat aku pada cermin mata yang sudah setahun lebih aku tinggalkan.mungkin kanta pada cermin itu perlu di tambah powernya.dan aku juga sudah agak lama tidak memakainya sejak habis belajar tahun lalu.sedangkan semasa aku belajar dulu,cermin mata itu sudah pun berusia 2tahun yang mana aku patut tukar.

pancaindera melihat aku semakin kabur pandangannya.biar pun aku masih boleh melihat tapi masih ada kaburnya biar pun sedikit.tapi itu tetap juga mengganggu pandangan aku.nak buat cermin mata baru perlukan kos.sedangkan bulan ini aku sudah habis kering kerana membayar hutang-hutang juga keperluan lainnya.dugaan...






Harapnya Tuhan tidak tarik pinjaman ini
aku masih memerlukannya untuk terus hidup.

6 comments:

Unknown said...

gune je dulu..pas tu bajet2 le..

Yuyun said...

nikmat itu tidaklah kekal.. seandainya dulu kita sehat sekarang mungkin tidak lagi.. dunia ini pun pinjaman semata..serahkan segala-galanya pada Dia... pada hakikatnya, kita tidak punya apa!

Amalina said...

aku benci kalau orang pinjam barang aku, pastu rosakkan.

~* chirpy_chummy *~ said...

live ur life to the fullest!

hanya kamu dan Dia je yg tahu.

aku hanya berdoa yg terbaik untuk kamu.

semoga kamu baik-baik je.amin.

ghost said...

sian ko bro..nampaknya kesukaran itu masih boleh menjadikan kau orang yang bersyukur dan sentiasa beringat..

Faaein Talip Roy said...

semoga Allah sentiasa memberikan pinjaman penglihatan buat kita.. aku pun baru tukar.. tapi cam ada kabur-kabur aje bila lihat yang jauh2 tu.. -__-