Monday, June 20, 2011

Family Day



Satu-satu saya sayang ibu
dua-dua saya sayang ayah
tiga-tiga sayang adik kakak
satu,dua,tiga sayang semuanya...


Lama tak buat family day...
sejak aku dan ayah tidak duduk serumah dengan yang lain
kerja ayah tak menentu kadang-kadang sabtu ahad pun kerja
siang malam pula tu,kejam betul!

Dapat holiday sehari tu pun dah cukup
asalkan dapat berkumpul bersama bersuka dan makan bersama
masa inilah nak habiskan bersama mereka.
tak perlu jauh,yang dekat pun cukup janji gembira.

tapi sedikit terkilan...
ayah teringin nak lihat keindahan cahaya kelip-kelip malam
tapi apa daya,kesesakkan jalan di lebuhraya buat kami sampai lewat.
terkilan aku masa tu dan tak sampai hati lihat ayah memandu lagi.

chek in hotel paling murah rm65 1 hari
1katil bujang 1 katil besar jadilah untuk 6orang 1 bilik
ada 1 peti sejuk,1 tv,ada penyaman udara dan 1 bilik mandi yang luas.
walaupun katil tak cukup,tapi kami selesa mujur ada bawa selimut dari rumah.

Esok pagi semua bangun awal solat dan mandi
chek out dan terus bersarapan pagi di kedai makan berhampiran
lokasi pilihan ke bukit malawati ada muzium serta lotong-lotong comel
tapi sayang hari isnin muzium di tutup keretapi mini pun cuti.

tapi tak apa nasib baik lotong-lotong comel jadi penyelamat
dari jauh aku perhatikan mak,ayah dan adik-adik riang
melayan karenah lotong-lotong dan beri makan kacang panjang
aku jadi juru gambar hari itu.

Hari sudah petang tak banyak tempat pun kami lawat
tapi masing-masing sudah penat sudah puas
ayah perlu bergegas cepat nanti malam ada tugas
sepanjang perjalanan semua tersenyum puas biar pun penat.

tapi aku masih terkilan
semua harap dapat lihat kelip-kelip malam.....





nafas ku nyawa ku hidup ku


9 comments:

ghost said...

masa yang dihabiskan tuh tetap berbaloi meski sekejap.mencuri sedikit masa dari masa-masa sibuk sekeluarga bukan mudah..banyak aralnya.

~Kenanga Suchi~ said...

rindu saat gembira bersama keluarga... aku jauh dari mereka...

~Kenanga Suchi~ said...
This comment has been removed by the author.
~Kenanga Suchi~ said...
This comment has been removed by the author.
PenjuruKosong said...

nanti
cari masa
kamu buat la lagi..

Sca Ndx said...

family aku, makan malam pertama bersama pun dah cukup indah.

harap masih ada masa yaa :)

Mawar Berduri said...

family day aku adalah di ward thoracic cardiac.. berkumpul satu keluarga besar. mengeratkan silaturrahim sambil mengesat air mata.

ORLANDO AHMAD said...

masa bersama family, walaupon sekejap cukup bernilai dan berkualiti

chirpy_chummy said...

kelip2 malam.

sangat indah.

tp kelibatnya hanya di malam hari.

(: