Tuesday, June 14, 2011

Abai


Dulu itu yang kau kejar
tanpa kenal penat dan sakit
siang dan malam
itu impian itu juga imbuhan
buat perjuangan.

tapi sekarang
saat ia semakin hampir
kau abaikan kau lupakan
kau pandang sebagai remeh
kau rasa ia bebanan.
terasa mahu berputus asa
terasa mahu hentikan semua
terasa mahu tamatkan segala
tapi kau tak mampu
kau tak sampai hati

setia kau dulu di mana?
ikrar kau dulu ke mana?
kau lupakah?
semua seakan tidak bermakna
bagaikan dulu kau bazir waktu.


saat ini fikiran aku jadi semakin terbeban bila tiap kali terpandangkan tugas khas yang masih lagi belum di bereskan.aku terasa semakin terbeban dengan jawatan ini,mahu tarik diri tak sampai hati.kerana semua mereka percaya dan mengharapkan aku menjadi seseorang yang boleh di harapkan.tapi aku penat memikul tanggungjawab ini bila semuanya meletakkan harapan yang tinggi pada aku.memandang aku sebagai seorang yang di segani.aku sudah tidak larat lagi mahu teruskan perjuangan ini.

tapi mahu di lepaskan jawatan ini pada siapa? sedangkan tidak ada sesiapa yang punya kelayakkan seperti aku.bukan riak jauh sekali lupa diri cumanya mereka masih terlalu mentah tidak punya pengalaman juga kelayakkan.sedangkan aku sendiri memerlukan pembantu juga pelapis untuk menggantikan tempat aku.tapi siapa diantara mereka yang layak? sedangkan saat aku bermurah hati ingin turunkan ilmu,tidak ada sesiapa menunjukkan kesungguhan untuk belajar.

mana mungkin aku melepaskan jawatan ini sebelum bertemu pengganti yang benar-benar komited dan bersungguh dalam mengerjakannya.aku tidak sanggup melihat persatuan ini di bubarkan begitu saja.sekian lama para senior memperjuangkannya sanggup berhabis tenaga,masa dan wang.mana mungkin persatuan ini lenyap begitu saja.sedangkan sudah di ketahui ramai kami punya benteng pertahanan yang kukuh berdasarkan kejayaan dalam membimbing orang bawahan.





aku semakin penat
untuk meneruskannya lagi
tapi aku masih punya rasa
sayang untuk semuanya ini
harapnya aku dapat terus kuat.....

7 comments:

Amalina said...

beratnya pemikiran kau.aku rasa aku tak sanggup fikir seberat kau..

~* chirpy_chummy *~ said...

x namanya tanggungjawab kalau x berat,kn?

Unknown said...

selagi tak dapat selagi tu dikejar..bile dah dapat..mule nak abaikan..

ORLANDO AHMAD said...

enjoykan aaarr lu punyer kerja, x yah pikir berat2... tapi, nak best sikit, pikir yang setiap tugasan kite tu adalah zikir dan ibadat kite pada Tuhan...

Shila said...

meh turunkan ilmu kt aku...

ghost said...

tunggu teduh dulu.

mungkin perlu ambil masa untuk mencari mereka yang punya kelayakkan tau mungkin bermula sekarang train sorang yang boleh dipercaya...

Sutera_suci said...

Pernah timbang eh tanggungjawab tu?


Berat? Berapa kilo?




Kenapa nak timbang?