Friday, May 20, 2011

Ujian Kematian


Kelakar,lucu,lawak?
untuk beberapa hari lepas
aku betul-betul di ambang kematian
nyawa masa tu dah hampir habis
tunggu masa je untuk mati.

4jam sekali nurse datang
ambil sample darah aku
tak tunjuk perubahan langsung
melainkan semakin teruk
sel darah tak punya fungsi untuk membeku
aku dapat rasa yang hidung
aku mula mengalami pendarahan
termasuk gusi dan dalam mulut
aku semakin panik bila doktor
mula chek bahagian dalam perut

Tuhan je yang tahu macam mana
aku panik takut nanti ada organ yang rosak
setiap saat aku hanya fikirkan kematian
sampaikan nak tidur pun aku jadi takut
takut nanti aku dah tak dapat buka mata lagi.
saat paling buat aku rasa trauma
bila pesakit yang duduk di katil
hadapan meninggal dunia depan mata aku
tahu apa perasaan aku masa tu?
aku jadi bingung hilang akal

masa tu aku hanya fikir
selepas ini giliran siapa pula yang
akan mati? adakah aku akan mati?
sekejap lagi? esok hari? atau malam nanti?
aku benar-benar takut.
aku sendiri hanya seorang diri
tiada keluarga yang menemani
sendiri uruskan diri di hospital
mujur ada N yang setia menemani
hingga saat aku kembali waras

sedangkan aku mengharapkan H
yang tak kunjung tiba hanya sesekali
bertanya khabar melalui pesanan ringkas
di telefon tangan bagaikan tak peduli
mungkin saja pada fikirkan aku sakit biasa
celaka dalam hati aku memaki H
aku menangis juga kerana H
seseorang yang aku harap
tapi langsung tidak memperdulikan
aku sebagai bakal tunangannya.

persetankan semua janji kau H
kau buat aku membenci CINTA!
jika benar aku ini penting buat kau
mengapa kau ambil mudah saja?
celaka!
aku bertanya pada hati
siapa diantara mereka yang harus
aku pilih? N atau H?

di saat aku hilang kudrat
aku nampak sesuatu diantara keduanya
N sangat prihatin terhadap aku
sanggup datang dari jauh untuk sokong aku.

sedangkan H yang nyata bakal tunangan aku
langsung ambil mudah di saat dia sendiri tahu
aku betul-betul di ambang kematian.
melebihkan dunia daripada orang kesayangan.



5 comments:

Faaein Talip Roy said...

Minta petunjuk dari-Nya pasti ada jawapan yang lebih baik..

sakit apa? semoga cepat sembuh..

Unknown said...

hurm..boleh jadi apa yg kamu benci itu terbaik buat kamu..itu firman tuhan

si para para said...

pada saat tu aku pasti lupakan antara H dan N...
banyaknya yang aku tak tertangung...
adakah terhapus semuanya dengan air mata..atau akan ku bawa ke sana...


ampunkan kamu yang maha penyayang...




sebaiknya serahkan pilihan tu pada yang maha mengetahui..
minta di berikan petunjuk.

Paolo Balam said...

aku tak suka memilih dan jadi salah satu pilihan...sgt sucks!

oranglidi said...

uih.. truk gak sakit tu. moga cpat smbuhnya. hm, pilihlah yg mana terbaek.

slm knal n trima sudi singgah.