Thursday, May 5, 2011

Terkongkong


Tahu apa makna rasa terkongkong bila segala gerak geri kau diperhatikan.segala perlakuan kau dirakamkan dan di catat.ke sana ke mari kau di lihat dan di kenal orang.tak perlu terlalu menonjolkan diri orang akan tahu juga hatta kau cuba sembunyi pun.

Hidup seorang aku tak seindah yang orang lain lihat dari kanta mata luaran.tahu tak,dengan membawa nama keluarga ini aku rasa bagaikan satu beban.ya,ini beban buat aku bila ke sana ke mari kau akan di kenali orang.pergi ke pasar,bengkel kereta,driver bas mahupun konduktor bas,pakcik tukang sapu,pegawai bank dan semualah yang ada di daerah ini.aku bosan bila ada yang bertanya tentang latar belakang keluarga dan nama keluarga aku.aku tak pandai menipu,hanya angguk dan senyum jawapan terbaik.

iras wajah seperti anak bongsu cikgu haji.masakan aku boleh menafikan jika sudah terang-terang begitu.anak bongsu cikgu haji adalah adik kepada ayah iaitu ucu aku.ya,sana sini orang bercerita tentang kebaikkan arwah cikgu haji semasa hayatnya.sana sini orang bercerita tentang hidup seseorang yang disegani yang diamnya di masjid lunak suaranya memperdengarkan ayat suci itu.semua tahu siapa dia cikgu haji semua tahu siapa dia anak cucu cikgu haji.dan aku selalu rasa tersepit bila berhadapan dengan situasi begini,rimas.

tahu kenapa aku tidak pernah merasa bangga menjadi sebahagian dalam keluarga ini? kerana aku tidak seperti mereka yang lain yang lebih berjaya dan mendengar kata nenek.aku seorang pembangkang tidak suka diuruskan.dan sebab itu sering aku dipinggirkan aku tidak mahu terlalu termakan budi.aku sudah penat menjadi boneka.kenapa segala urusan hidup perlu datangnya dari nenek? soal kerjaya,hidup dan jodoh juga perlukan izin dari nenek? aku sudah bosan hidup dengan membawa nama ini aku ingin bebas! kalaulah arwah atuk masih hidup lagi,rasanya tak perlu aku rasa tersepit begini...







dulu kerjaya dan sekarang jodoh
semua diuruskan semua ditentukan
kenapa aku perlu jadi bodoh
dengan mengikut telunjuk orang?
*sigh

4 comments:

Mutiara Bernilai said...

tak perlu ikut,
tp tak bermaksud kamu perlu bergaduh,
mungkin perlukan ruang komunikasi,
kasi terang prinsip dan pendirian kamu sediri,

kadang pembangkang tu bukan niatnya sengaja mahu cari pasal, tp ada perkara tak enak yang xboleh di buat senyap. kan?

^__^

blog-tips-kurus said...

kelihatan dirimu ini berdarah pemberontak. hehe! sabarlah nak.. mereka mahu yang terbaik untukmu. :)

Afiq Ah said...

jangan biarkan orang pijak kua, dan kuasai kau.

Amalina said...

aku suka nak memberontak biar mereka benci dan lama2 aku boleh buat sesuka hati.haha!