Friday, May 27, 2011

Seperti Jangkaan


Cuti Sem tiba lagi,dan taqwa sudah pun kembali ke kampung halaman meninggalkan kota hangat membara itu.Awal-awal aku mengingatkan taqwa supaya segera ke sekolah untuk menguruskan pendaftaran mulia ke tingkatan 6.aku begitu yakin,apabila cigku miang itu terlihat taqwa,sudah pasti mulia akan di terima.taktik kotor? tidak aku bukan memasang umpan menggunakan taqwa tidak sesekali.tapi ini berdasarkan kelayakkan mulia di sana.cumanya sikap miang dan berat sebelah cikgu tersebut menyingkirkan mulia tanpa melihat keputusan SPM nya,aku rasa seperti tidak adil.

dan apa yang aku jangkakan memang benar,sebaik saja terlihat taqwa,cikgu miang lantas menerima permohonan mulia ke tingkatan 6.atau sebenarnya ini hanyalah permohonan rayuan.dan kata-kata yang di sampaikan taqwa tadi buatkan aku berfikir tentang sesuatu...kata taqwa,cigku miang bising sebab lambat buat rayuan.sedangkan mulia sedari awal lagi telah membuat permohonan itu,tapi cikgu itu sendiri yang menolaknya mentah-mentah.

nampak kan,betapa cikgu miang ini benar-benar bersikap tidak adil dan memilih bulu.bila dia dapat tahu mulia adalah adik kepada aku dan taqwa,dengan serta merta dia meluluskan permohonan itu.motif cikgu buat begitu?





kenapa orang lebih suka menilai luaran
sebelum menguji keupayaan sesuatu
perkara itu sedalamnya?


7 comments:

JIJI YU said...

hurm..itu adalah perkara normal..

pisau belati said...

aku datang sayang
kau masih ada di situ?
balas mesej aku jika kau masih di situ sayang.

kenapa kau kelihatan seperti berjauh hati dengan aku? apa aku ini sudah tidak perlu lagi buat kamu?

aku masih sanggup pinjamkan telinga ini buat dengar tiap patah dari kata hati kamu.

"masih sayang."

Pembunuh Tanpa Bayang said...

aku kusut belati.
sejak akhir-akhir ini banyak yang memenuhi ruang kepala aku.

aku dilema tolong aku belati
tolong keluarkan aku dari sini.

Faaein Talip Roy said...

manusia.. memang ada penyakit berat sebelah..

Ayu Azuri said...

mungkin bagi mereka, menilai luaran lebih mudah daripada menguji dgn sedalamnya..

Ayu Azuri said...
This comment has been removed by the author.
pisau belati said...

kenapa,ceritakan pada aku.aku ada di sini selalu.