Friday, May 27, 2011

Bukan Insan Terpilih


Taqwa mengadu kepada aku dapat Sms dari Ibu yang menyampaikan pesan dari nenek.Kata ibu,nenek rindukan taqwa dan minta taqwa berkunjung ke rumahnya kala cuti-cuti sem ini.dan tak lupa juga supaya membawa cerdik sama.taqwa merungut berkeras tidak mahu pergi,tapi apa dayanya mahu menolak.dia sendiri tersepit di tengah-tengah di antara budi nenek.dan terselit juga sedikit keraguan pada fikiran taqwa.mengapa harus dia yang kena pergi,sedangkan sepupu-sepupu yang lain juga adalah cucu nenek.

dan mengapa harus dia dan cerdik saja,sedangkan aku dan mulia juga adalah adik beradik seayah dan seemak juga dari keturunan yang sama keturunan cikgu haji yang menjadi kebanggaannya selama ini.taqwa merasakan ada sesuatu di sebalik kata-kata dari ibu tadi.dalam pada berkeras taqwa,aku hanya menjawab ringkas tetapi padat

"kau dibayar untuk belajar dan mendengar kata"


dan taqwa diam selepas itu.aku tahu mahu atau tidak taqwa terpaksa juga meringankan kaki untuk melangkah ke rumah nenek nanti.aku cemburu? tidak sama sekali dan jauh langsung dari hati cuma aku sedikit terkilan.mengapa harus nenek meletakkan garis perbezaan diantara kami adik beradik? hanya kerana aku memilih untuk mencari haluan sendiri dengan tidak menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi? dan mungkin juga aku dan mulia adalah diantara yang kurang menonjol atau dalam erti kata lain,kurang sedikit dari segi akademik?

aku sedar hanya taqwalah satu-satunya dalam keluarga aku yang boleh diharapkan untuk ke menara gading setakat ini.selepas kegagalan dan kedegilan aku untuk tidak terus menurut kata nenek lagi.tapi ini cukup memberikan kesan dan tekanan pada taqwa setiap kali menjelangnya exam.setiap kali exam,taqwa akan berasa sangat tertekan dan mengalami kerisauan yang melampau kerana takut kecundang selepas beberapa kali berjaya melayakkan diri di senarai "dekan" Universiti Malaya.




aku sangat tidak kisah jika nenek meminggirkan
aku
tapi aku sangat kisah jika nenek
meletakkan garis
perbezaan antara adik-adik aku.

6 comments:

Faaein Talip Roy said...

sedih plak tetiba..

aku harap ko bersabar aje lah..
doakan hati nenek itu berubah dan tak pilih kasih..

JIJI YU said...

sabor je la..

JIJI YU said...

sabor je la..

intan.maisarah said...

aku sangat tidak kisah jika nenek meminggirkan
aku tapi aku sangat kisah jika nenek
meletakkan garis perbezaan antara adik-adik aku.



aku amat terasa jika
ada yang membandingkan aku dengan yang lain
aku amat sensitif mengenai soal itu
kerana bagi aku
setiap manusia
punya kekurangan dan kelibihan masing masing.

penaberkala said...

itulah hakikat hidup kan
sering dibanding-bandingkan
padahal, setiap dari kita ada keistimewaan dan kelebihan masing-masing
antara nampak atau tidak saja
hermmm

ghost writer said...

setelah kau memutuskan untuk amik haluan sendiri maka bagi nenek kau bukan lagi harapan.

cuma perlu buktikan.