Tuesday, May 24, 2011

Perubahan Seminit


Duduk dalam wad yang membosankan hari-hari pakai unifrom hijau yang sama dengan orang lain.duduk di atas katil putih tanpa warna nurse yang berunifrom putih beserta doktor-doktor muda yang datang merawat juga memakai unifrom putih.tapi sempat juga aku kerling sepintas tag namanya "Dr.shawn" aku fikir dia berketurunan cina berwajah bersih tenang dan punya senyuman yang manis tiap kali datang memeriksa tahap kesihatan aku.Aku yang lurus hanya menjawab ringkas di setiap patah soalannya tapi mata masih tetap setia memandang ke arah laporan yang di catatkannya.




"sudah makan?"

"sudah tadi."

"macam mana hari ni,okey?"

"erm...sikit-sikit better."

"maksud u,okey atau tak okey?"

"it's better"

"lebih baik dari semalam?"

"yup."

"mahu balik rumah?"

...diam dan angguk...




doktor berwajah tenang itu senyum sambil mencatatkan sesuatu dan dia pun berlalu.beberapa minit lepas itu seorang nurse datang untuk ambil sample darah aku lagi.mujur tika itu bukan lagi shift nurse berwajah ketat malam tadi.nurse yang bertugas malam tadi berwajah ketat tanpa secalit senyuman.kata-katanya bernada tegas tanpa belas dan perlakuannya agak kasar tika aku minta dia menanggalkan jarum di tangan kanan aku.aku sedikit tenang bila melihat nurse muda berketurunan india itu datang.kerjanya cermat dan penuh hati-hati sesekali dia cuba untuk mencari kata untuk menghilangkan resah aku tika itu.dan dengan mudah kerjanya selesai tanpa sempat aku merasa bisa suntikkan jarum itu menembusi kulit.dalam diam aku memuji hasil kerjanya.wajah nurse itu sentiasa ceria dan dia juga ramah,aku suka benar melihat dia.






kadang-kadang
tingkahlaku dan pelakuan seseorang
boleh mengubah mood seseorang.

kerjaya seorang perawat
bagi aku memaniskan muka itu perlu
orang yang sakit pada fikirnya sakit
tapi mereka yang merawat perlu
maniskan wajah kurang-kurang
hilang juga resah hati si pesakit.


6 comments:

penaberkala said...

semoga cepat sembuh

betul tuh, walaupun kat dalam menggelegak, sebolehnya senyum la sikit
sejuk hari memandang

HEROICzero said...

true, indeed.

nampak remeh. tapi yg remeh2 tu yg merubah perkara besar2.


get well soon, InsyaAllah.

=)

~* chirpy_chummy *~ said...

semoga kamu semakin ok dr sehari ke sehari.


teringat kisah dahulu kala, ketika hosp menjadi rumah kedua..

frozen smile said...

sakit ke?wish u well sooner :)

NAJ HEBAT said...

buat si jururawat yg menjaga aku selama sepuluh hari, tukar ganti cadar aku. setiap jam 6 pagi cucuk aku dengan tenang dan sabar. Terima kasih dan maaf kerana aku berkasar terhadapmu. Emosi pesakit. :P

Paolo Balam said...

senyuman itu pelega semua penyakit...pasti. walaupun tanpa perlakuan.