Monday, May 30, 2011

Khabar Dari Jauh


2hari lepas W tiba-tiba menghantar mesej melalui FB katanya sekadar bertanya khabar dan perbualan itu langsung di lanjutkan hingga ke telefon tangan.Hanya mesej saja.kata W sudah terlalu lama tidak mendengar pengkhabaran aku sejak dia berkahwin dengan gadis pilihannya tahun lalu.aku tidak faham apa maksud dia kembali mencari aku hanya sekadar bertanya khabar atau apa? masakan seorang yang sudah berumahtangga masih mahu berbalas mesej dengan bekas kekasih lama hingga lewat malam?

aku cuba untuk bersangka baik tidak memikirkan yang tidak-tidak.tapi sangkaan itu meleset bila W meminta gambar terbaru aku.tapi aku beri alasan lihat saja gambar profile di FB.dia masih tidak berpuashati katanya aku memperibadikan gambar-gambar tersebut dan gambar pada profile pula tidak kelihatan dengan jelas.entah apa mahunya yang sebenar malas aku mahu panjangkan bicara.teringat kata-kata W sebelum berkahwin tahun lalu...

"kita clash dulu hanya atas angin,sebab tu still lagi ambil berat"





W bakal menimang
cahayamata pertama
pada bulan september ini...

5 comments:

penaberkala said...

hati-hati
ikut hati mati
ikut rasa binasa

Unknown said...

aku baru tau ade clash atas angin

Faaein Talip Roy said...

aku pun baru tahu ada istilah begitu...

sudah.. jangan dilayan manusia itu.. tak reti bersyukur apa.. dah ada di sisi lagi mahu kejar yang bukan hak..

oranglidi said...

aih... bek xyah layan W tu. kang x pasal2 bini dia kantoi.. pastu mcm2 masalah brlaku nanti.. ala, macam drama tv tuu

intan.maisarah said...

kenapa W begitu?
kesian isteri nya