Thursday, May 26, 2011

Cinta Blogger


Cinta sesama blogger cinta alam maya dalam dunia yang tidak nyata bagaikan ilusi.mimpi dan angan-angan yang tak mungkin jadi kenyataan.kenapa? karena aku punya cerita sendiri jatuh hati dengan 2 orang blogger.2orang yang berlainan dan di masa yang berlainan yang mana punya kesudahan yang sama "cinta yang tak kesampaian".


BLOGGER 1
boleh di katakan ramai yang mengenali dia.aku lama sudah ikut baca blog dia tapi hanya sekadar menjadi pembaca senyap sahaja dan jarang sekali aku meninggalkan jejak di kotak komen dia.hingga di penghujung tahun 2009 aku dan dia mula saling kenal.mulanya hanya sekadar berbalas pesanan ringkas di telefon tangan saja.disaat dia mula mahu kenali aku lebih rapat lagi,aku menolak karena pada fikir aku masih belum bersedia untuk 1 hubungan yang lebih serius.hingga untuk kali keduanya dia mencuba lagi lalu aku terima,karena dia menampakkan kesungguhannya.atau lebih jelas lagi bila dia seringkali menulis entry tentang aku.

tapi hubungan itu tidak kekal lama.untuk bulan pertamanya dia mulai sedar bahawa hatinya tidak ada untuk aku.dia mulai sedar yang aku tidak sepenuhnya memberi hati aku untuk dia.tapi aku tetap mencuba dan terus memujuk dia untuk memberi ruang dan peluang kepada hati kami berdua untuk mencari keserasian.hingga masuk bulan keduanya dia benar-benar terasa yang aku tidak pernah memerlukan dia dalam hidup aku karena aku meminggirkannya dalam permasaalahan aku sendiri,lalu hubungan itu di putuskan dengan cara baik.dan kami isytiharkan kawan sehingga kini.


BLOGGER 2
dia seorang yang agak low profile tidak seperti bogger pertama tadi.dia juga jarang sekali up kan entry.aku mengenali dia dulu sebelum aku kenali blogger pertama tadi.pada mulanya aku hanya sekadar mengangumi dia kerana bakat dan penulisannya saja.aku mula jumpa blognya pada awal tahun 2009 tapi hanya menjadi pembaca senyap.karena kagumnya aku pada dia,maka kesemua entrynya habis aku baca,bermula dia membuka blognya.mulanya kami hanya sekadar berbalas mesej melalui email saja hingga kami menjadi rapat dan mula berbalas pesanan ringkas di telefon tangan pula.

entah kenapa aku rasa sangat selesa untuk berkongsi cerita apa saja dengan dia.hinggakan masalah peribadi juga aku ceritakan pada da tanpa ragu-ragu walaupun pada tika itu aku langsung tidak pernah bersua muka dengan dia.hingga saat aku mula jatuh hati pada dia tapi aku pendam karena fikir aku dia sudah punya pacar.dan dalam masa yang sama dia juga punya masalah sendiri berhubungan dengan pacarnya.hingga satu hari entah kenapa cerita tentang hati dipersoakan antara aku dan dia.dan nyatanya dia juga punya rasa yang sama seperti aku.dan luahan hati itu di zahirkannya melalui entry yang di taipnya khas buat aku.tapi aku dan dia sedar kami terpaksa menjaga dua hati yang berada di sisi.cinta terlarang itu bermula bila aku sendiri setuju untuk memulakan hubungan rahsia dengan dia.tapi aku sendiri tidak pasti atas dasar apakah hubungan ini terjalin.hinggalah dia sendiri menamatkan kisah ini dengan berita pertunangannya...


**************************************************************************


cinta maya aku merupakan kisah yang tidak kesampaian hingga saat ini aku dan mereka kembali menjalani kehidupan asal kami kehidupan di mana kami sama-sama tidak saling kenal.bedanya kini kami sama menerima ketentuan ini sebagai takdir dan jodoh.dan apa yang aku pelajari di sini,cinta maya tidak semestinya akan berkesudahan dengan baik dan tidak semestinya tidak baik.mungkin ada hikmah di sebalik kejadian.jika di tanya lagi adakah aku serik dengan cinta maya ini? dan jujurnya aku jawab tidak.tapi mungkin tidak akan di zahirkan sama seperti dulu.bermakna aku sayangi dia tapi mungkin secara diam-diam saja.itu sudah cukup.tak perlu di cambahkan perasaan yang bertunas itu.





omong-omong
aku sendiri mula tertarik hati pada
seseorang blogger ini.
tapi agak kesal karena blogger itu
sendiri sudah melenyapkan blognya
sebelum sempat aku kenalinya lebih
dalam lagi.

encik F
saya sudah mula sukakan kamu...

7 comments:

Faaein Talip Roy said...

ooo.. pembunuh tanpa bayang ni perempuan ke? hehehe..

moga2 ketemulah dengan incek F tu yer... =]

andai aku sang pria.. pasti aku pun terperasan sekejap.. Incek F.. nama aku pun de gak huruf F.. tapi apakan daya.. aku Cik F.. Ha Ha Ha.. =P

NAJ HEBAT said...

ya sayang. ada jodoh, ada. cari dan doa. Tuhan tahu apa kita mahu.

Unknown said...

aku tak pernah nak percaya pada cint alam maya sebab aku rase cam pegang bayang2 je

frozen smile said...

eh?ade ke cinta maya mcm ni?mcm pelik je tk kenal tp jatuh cinta...

hmm, tp cinta kan buta..tak heran kan?. tbhkan hati, ada yg lain sdg menanti..cuma harap, kita perempuan, hati kene seteguh kerang dlm cinta. pegang kuat2 hati kita jgn jatuh.

tc my fren.:)

btw, sape f?:)

penaberkala said...

uish, banyak pengalaman rupanya
pengalaman itu mendewasakan kita
tabahlah mengahadapinya
mungkin ada yg lebih baik

hidup ibarat makan gula-gula sweetsour
habis masamnya, baru boleh menikmati manisnya

skandaLdariLangit said...

usah mudah tertipu dengan hati yang kosong..

Unknown said...

aku sangat percaya pada cinta maya.. Kerana maya, aku bertemu dia, jatuh cinta pada dia, dan hampir menjadi miliknya.. Hanya menunggu saat dan ketika.. Moga kamu peroleh sejuta bahagia di sana..