Saturday, September 14, 2013

Sejujurnya







Sudah hampir Dua bulan aku berhenti kerja dan Dua bulan juga aku tinggal di sini.Biarpun sudah jauh berbatu-batu biarpun sudah di bataskan waktu,tetap saja hati ini masih merindu biarpun aku tahu ianya sudah tiada gunanya lagi.Mahu menyesali segala yang berlaku itu sudah terlambat.Andai saja aku punya kuasa untuk memutar kembali ke masa lalu,mahu saja aku mahu mengubah semua kisah di 4 tahun yang lalu di mana semuanya bermula.Sedih aku marah aku pada siapa? hanya mencaci maki diri sendiri.Seringkali aku bertanya,mengapa aku menikahi Dia pada akhirnya?

Sejujurnya aku mahu Dia kembali...

Sejujurnya aku mahu Dia di sisi...

Sejujurnya aku mahu Dia terus berjanji...


Memikirkan tarikh keramat antara Dia dan Sidia buat aku lagi runsing buatkan aku fikirkan yang tidak-tidak.Andai saja aku terpengaruh dengan bisikkan jahat,mahu saja aku bawa lari Dia jauh dari semua.Biarkan saja majlis yang di atur berlansung tanpa ada pasangan pengantinnya.Biar Sidia rasa betapa sakitnya hati aku bila merasakan "kepunyaan" di rampas.


"pause"


Aku merindu kamu setengah mati
merindu.....


"play"

Sejujurnya aku masih sedih masih tersisa rasa sesal dalam hati biarpun seringkali aku melontar jauh perasaan yang sekilas datang mengganggu hidup baru aku di sini.Bukan mahu menafikan rasa syukur tapi sekilas rasa itu akan datang dan pergi.Mungkin kerana terlalu banyak kenangan yang tercipta antara aku dan Dia buatkan aku selalu berperasaan begini.Setiap perhentian yang aku lalui,aku selalu nampak banyangan aku dan dia di sana.....







Sejujurnya aku masih merindui Dia.....








9 comments:

mega senja said...

Aku doakan kau baik-baik saja..ayat pertama engkau sedang aku alaminya kini..sudah dua minggu aku berhenti kerja..

..yang lain-lain..sulit mahu dirungkai..

jaga diri...!

~* chirpy_chummy *~ said...

kawan,
syukur dan redha itu adalah satu perkataan yg hanya akan terbukti oleh perbuatan.

:)

t.a.t.a said...

jika pun kau bawa dia lari, adakah pasti hati dia dan hati kau boleh melekat menjadi satu? apa guna jasad jika roh nya tiada bersama?


~Sal Ismail~ said...

bermain dengan emosi itu sukar sekali..moga ko menang dlm pertempuran ini~

Faaeinz said...

lepaskanlah yang bukan lagi hakmu.
Benar. Perpisahan itu menyakitkan. Tapi sahabat, kau harus terima segala kenyataan. Carilah DIA yang membuatkan kau tenang di mana jua kau berada.

DIA itu Yang Menciptakan Dia, dia, kau, aku dan sesiapa saja.

Senyumlah. Jangan bersedih lagi.

silent said...

rilekslah. life is to short. bergembiralah *sigh

Pan. said...

moga baik baik sahaja tiap masa.

Bijen M. said...

Oh!
Semoga cerita di atas bukanlah cerita sebenar.
Kau boleh ubah cerita ni balik jadi positif.
Kan kan?

eita said...

sakit bile terlalu merindu orang kan..sabor je lah