Apa yang merah rasa sejak malam semalam sangat palat.
Merah mula bencikan kesunyian yang dulu mendamaikan.
Rasa pedih dan sakit amat di dalam hati paling dalam.
Dan rasa sunyi semalam,benar-benar buat Merah mati.
Merah dah tak larat nak simpan pendam semua.
Merah jadi benci dengan kehidupan benci pada dunia.
Rasa sunyi semalam buat Merah jadi sedih menangis.
Merah cuma rasa hidup Merah macam dah hancur semua.
Putusasa dengan harapan,angan dan cita-cita.
Semua yang Merah usahakan kejarkan jadi tak bermakna.
Merah tak tahu kenapa tiba-tiba Merah kenang semua yang pahit dulu.
Sampai Merah jadi hilang semangat nak teruskan hidup.
Satu persatu peristiwa menyakitkan Merah terbayangkan.
Merah dah cuba melupakan hilangkan semua yang tersimpan.
Tapi sunyi semalam buat Merah jadi ingat jadi kenang semula.
Merah benci mereka Merah benci pada semua tentang masa lalu.
Benci dengan rasa tak di sayangi benci bila di jauhi.
Mereka tidak pernah merasakan yang Merah ini wujud.
Sejak dulu sejak kecil Merah selalu rasa tidak pernah bahagia.
Selalu rasa sedih rasa jauh rasa tak di sayangi tak di peduli.
Sejak dulu sejak kecil Merah selalu tanya pada Tuhan.
Kenapa Tuhan bagi Merah rasa sakit dalam usia yang macam tu?
Kenapa Tuhan tak bagi Merah rasa gembira pada zaman kecil Merah?
Tapi Tuhan tak pernah jawab dan Merah tak pernah dengar suara Tuhan.
Masa kecil Merah selalu Merah sendiri-sendiri di tinggal kawan.
Merah jarang punya peluang untuk bermain dengan mereka.
Tak ramai yang mahu dekat atau berkawan dengan Merah .
Selalu Merah rasa jauh hati sedih bila mereka benci Merah .
Tapi tak apa mereka tetap akan datang dekat bila perlu.
Selalu rasa di pergunakan tapi Merah diamkan.
Satu hari,Merah cuba tulis surat mengadu pada Tuhan.
Merah tanamkan surat itu dalam tanah dengan harapan Tuhan baca.
Beberapa hari kemudian Merah kembali gali semula dan surat itu hilang.
Merah fikir Tuhan sudah baca surat tulisan Merah .
Dan sejak itu Merah mula menulis surat pada Tuhan setiap hari.
Tanam dan beberapa hari kemudian gali,surat itu hilang Merah puashati.
Kisah budak bernama merah siri 1
20 comments:
jangan pernah benci Tuhan...
usah berhenti berusaha & berdoa ye :)
dill.
salam untuk merah ...
aku juga sering kali menulis pada Tuhan
aku juga harap Tuhan baca
tapi cerita aku tulis kotor
Tuhan Maha Suci
aku malu
dunia memang punya banyak alasan untuk dibenci. tetapi merupakan medium paling penting dalam memudahkan urusan ketika diakhirat nanti. :)
Merah, penuhi hidup dengan cinta. cinta Tuhan yang memenuhi segenap ruang hati, rongga, nafas adalah nikmat paling mahal untuk dirasa.
teruskan menulis surat cinta pada Tuhan, disamping jangan lupa membaca ayat-ayat Cinta dari Tuhan juga.
Semoga Merah dan Kamu berada di bawah lindungan Dia Yang Maha Esa ...
Merah sebenarnya sgt bertuah. Di usia yg begitu muda sudah punya byk dugaan. Sbnrnya Tuhan nk Merah kuat bila dewasa nnt.
Tak sbr nk baca yg seterusnya!
Tuhan sayang kau Merah. :)
kesunyian buat otak mula berfikir perkara-perkara yang paling dalam. kenangan dan memori. palat dan sial. sukar nak lupa buat kita beringat dan belajar. jangan paksa diri untuk melupakan, semakin nak lupa semakin mencengkam akar otak. betul. sibuk-sibukkan diri dengan perkara2 yang diminati dan disukai. setidak-tidaknya masa kau untuk merasa sunyi sudah terbazir bukan?
sape lah yg rembat surat merah tu
Merah..
merah tggu ye.. mesti lepas ni ada perkara yg sangat baik berlaku pada merah. Sesuatu hal tu tak terjadi tanpa sebab.
Merah, Tuhan mahu kamu senang di sana, diujiNya kamu di sini..
merah, saya nak jadi sahabat awak, boleh?
tak pe merah,saya ada.
tuhan sentiasa ada.
babe, aku rindu kat kau.. erm, jgn lupa tengok email kau bila kau berdiri atas garisan maya nanti ye.. ;)
Harap kau sehat dan hidup dengan tenang sentiasa.. :)
mana merah tahu tuhan yg baca surat dia??
;)
smg merah banyak2kan bersabar.. sabar itu indah..
kau beruntung sebab kau CEKAL...
BERTABAHLAH...
janji TUHAN pasti ada...
*awak, a'ah ade pesta cerpen. tarikh tutup 31/5 ni. awak masuk la ye. g kat warnakaseh.blogspot.com utk info lanjut
dill.
Tuhan uji merah bertubi2 utk merah cekal di kemudian hari~
Post a Comment