Thursday, May 3, 2012

Kerana RM50

Kelmarin,aku menyemak baki simpanan gaji bulanan dan mengeluarkan separuh lebih daripadanya.Suku lagi aku biarkan di dalam akaun untuk tolakkan hutang bank serta kegunaan di masa sesak nanti.Mula membuat kira-kira untuk di agihkan kepada banyak bahagian mengikut senarai perkara yang paling penting.Setelah di tolak bahagi,dan jumlah yang tinggal untuk aku survive jimat hingga hujung bulan nanti hanya ada RM50.Termenung seketika,dan kembali membuat congakkan semula.Dan hasilnya tetap sama masih RM50,survive untuk sebulan.Mungkin seminggu RM10 teguk plain water banyak-banyak dan makan biskut.Paling mewah,mungkin roti atau kuih sebesar tapak tangan baby baru lahir satu hari.

Hidup aku semakin susah semakin sempit,setiap kali gaji hujung bulan pasti ada saja hala tuju nak di guna pakai sebelum sempat aku memanfaatkannya terlebih dulu.Aku juga sudah jarang bercuti dan pulang ke rumah.Lebih banyak mengambil peluang untuk mendapatkan kerja lebih masa terutama ketika hari cuti umum.Aku sudah tidak peduli jika ada yang mengata aku gila kerja,kerana paling penting bagi aku adalah hasil di hujung-hujung nanti mampu buatkan aku bernafas dengan aman.Dan mungkin juga aku terpaksa menggunakan wang dari hasil perniagaan sampingan yang telah bermula sejak enam bulan lalu.Itu juga sudah semakin susut sejak aku mengalami kerugian.Dan aku tak punya waktu untuk mencari pembeli baru.

Aku merahsiakan keadaan ini dari mak dan ayah,tak mahu mereka risaukan aku.Tunang cuba membantu,tapi aku tolak lebih baik aku selesaikan sendiri masalah aku.Lagi pula,ini mungkin silap aku sendiri kerana jarang sekali mengemaskini laporan keluar masuk barang setiap bulan.Di tambah dengan kesibukkan tugasan baru yang di beri oleh majikan,buatkan aku tak punya waktu untuk membuat semakkan.Biarpun ini hanya perniagaan kecil-kecilan,aku tetap perlukan seorang pembantu untuk membuat pemantauan kala aku kesibukkan.Selama ini,aku hanya lakukannya seorang diri saja tanpa bantuan sesiapa.Aku hanya boleh berharap yang segalanya akan selesai dengan segera.










Sudah masanya aku melepaskan
segala yang pernah aku kejarkan
dan kini adalah masa untuk aku
lebih fokus pada matlamat.....




7 comments:

nina said...

Org selalu cakap wang tak boleh beli kebahagiaan sebab mereka lupa tanpa wang mereka takkan bahagia.

Btwy, perniagaan sampingan apa yang kau buat? Siapa tahu aku boleh jadi pelanggan?

Hajar Adira Kifly said...

perniagaan apa yang sedang kamu jalankan ?

Kamu mahu aku bantu kamu dalam perniagaan ?

Apapun, semoga kamu dapat berdiri semula dan terus maju kehadapan ...

hanaahmad said...

aku cadangkan kau menyimpan RM1 sehari. nanti lama-lama duit itu jadi banyak boleh diguna ketika kamu dalam kesusahan. cubalah, aku sudah mencuba dan ia berhasil. semoga Tuhan memudahkan hidup kamu kawan. :)

zoul said...

ye. hidup berdikari ini memang pedih. dalam kepedihan tu ada terukir satu kepuasan .yang akan muncul secara automatis hasil dari peluh sendiri. :D

BERMASALAH said...

jangan lupa sunat dhuha baii.
Tuhan beri jalan keluar nanti :)

miera said...

doa banyak2. insyallah.. rezeki tuhan bagi nanti kalau kita mintak tolong Dia. Saje Dia bagi kau susah,, biar jgn kau lupa Dia.

Rain said...

Ya Allah, berilah dia kesenangan dan rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka.