Tuesday, April 17, 2012

Carpal Tunnel Syndrome




Sumber gambar: di sini
Sumber artikel : Carpal tunnel syndrome



Setelah tiga hari merasa sakit di pergelangan tangan,tempat di mana kecederaan lama akibat kemalangan dua tahun yang lalu.Aku akhirnya mengambil keputusan untuk terus ke klinik.Sebelum ini,memang biasa tangan kiri menjadi lenguh,kebas-kebas dan ngilu.Tapi,baru ini keadaannya seperti bertambah buruk bila ia berterusan dan bertambah sakit.Dan pertemuan dengan doktor pada pagi itu,betul-betul buatkan aku rasa tersentak bila mendapat tahu,yang saraf di pergelangan tangan aku mengalami masalah.Doktor mula menunjukkan gambar dan artikel berkenaan masaalah yang aku hadapi melalui skrin komputernya.






"Carpal tunnel syndrome..."


"Apa? saya tak faham."


"Masalah saraf ini,di panggil carpal tunnel syndrom.Yang mana awak akan mengalami rasa kebas,lenguh,sakit di bahagian tangan akibat dari tekanan saraf yang tersepit di pergelangan tangan."


"Kadang-kadang saya tak dapat menggenggam tangan secara normal.Dan bila mengangkat objek berat,tangan saya mula berasa sakit."


"Itu memang akan akan terjadi untuk permulaannya.Biasanya di sebabkan penggunaan komputer seperti menaip atau memegang tetikus,menjahit,membuat kerja berat yang banyak melibatkan tangan,dan ahli sukan."


"Sebelum ini saya tak pernah ada masalah,cuma selepas kemalangan motorsikal dua tahun lepas,tangan saya tercedera."


"Berkemungkinan.Dan selalunya jari manis dan jari kelingking tak dapat membuat pergerakkan serentak dengan jari yang lain bila awak cuba menggenggam tangan.


"Ada kesan yang serius ke doktor?"


"Tak serius...cuma awak akan rasa tidak selesa saja untuk bahagian yang sakit tu.Buat masa ni,masih boleh di kawal dan cuba buat senaman ringan untuk tangan.Tapi,ia boleh jadi kritikal bila tangan awak mula hilang keupayaan dan menjadi lemah.Sehingga tidak mampu memegang objek,walaupun yang ringan."


"Hilang keupayaan? Tak ada cara untuk sembuh?"


"Ada,melalui pembedahan.Awak jangan risau...saya akan bagi dua jenis ubat.Prednisolone ubat radang,ambil untuk lima hari dan neurobion ubat saraf yang boleh diambil secara berterusan."




Mengeluh panjang sebaik saja keluar dari bilik doktor muda itu.Dugaan apa lagi yang Tuhan beri pada aku? Selepas satu,datang lagi satu untuk aku hadap telan dalam kepedihan.Masih terdengar-dengar lagi "hilang keupayaan?" apa maksud sebenarnya? Adakah aku berkemungkinan akan cacat atau lumpuh? Apa benar,melalui pembedahan semuanya akan sembuh seperti sedia kala? Aku takut hilang keupayaan,dan aku masih memerlukan kedua-dua anggota lengkap ini.Aku takut aku tak kuat untuk lalui semua ini sepanjang hayat.Berapa lama lagi hayat tangan ini masih boleh di guna pakai?






Ya Allah...
tolong,aku mohon jangan di ambil
semula pinjaman yang kau beri ini
aku masih memerlukannya lagi
aku masih belum siap untuk kehilangannya
dalam masa terdekat ini.....





21 comments:

maisarah sarah said...

get well soon dear

Rain said...

lepas entri sebelum ni yang aku baca, sungguh aku terasa ujian ini bisa mengalir duka , dalam masa yang sama ini menunjukkan kamu kuat untuk hadapinya. kagum dan terharu sebentar.

Allah uji mereka yang disayangi sesuai dengan keupayaan dia untuk menghadapinya.

hikmah menanti. sabar dengan masa ya.

Ninaaa said...

Ya tuhan, membaca dari apa yg ditulis pun terasa perit apa lg kau yang merasa. Semoga sembuh dgn cepat yea..

dill said...

saye doakan awak cepat sembuh!

dill.

intan.maisarah said...

dugaan itu
akan buat kamu lebih kuat
lebih tabah
dugaan
sakit
tanda dia sayang pada kita

eita said...

harap takde apa2 yang buruk berlaku..
insya allah...
tengok gambar pun dah menakutkan...

Bukan Cinderella said...

aku tumpang sedih bersama. tapi aku tahu kau wanita kuat. kau tak mudah mengalahkan? aku doakan kesihatan kau. aku harap kau tak mudah lemah.

bighagenjo said...

Sabarlah, tuhan nak uji kamu mungkin. Kadang2 sakit tu tuhan bagi untuk menyembuhkan yang lain.

PENCONTENG said...

aku selongkar entri-entri lama sebelum membaca entri ini.

Tuhan betul-betul sayang kau.

Kau tabah ya.

:)

~SaL IjOu~ said...

aku pernah diserang "benign paroxysmal positional vertigo (bppv)" yg sgt mempengaruhi urusan harian..beberapa kali aku terpaksa berulang alik ke hospital utk rawatan susulan..aku selalu yakinkan, Allah dtgkan ujian itu utk aku beringat,juga sbg penghapus dosa~

aku doakan kau kembali sihat ya.jaga diri~

si para para said...

ujian itu datang dengan hikmah..
sabar itu perlu.
jangan putus asa.
doa jangan hilang.
moga moga diberi kekuatan.
dan kesembuhan.

monologtinism said...

ujian ada dua, kesenangan dan kepayahan. ujian kesusahan pula diberi kepada kita dgn punya dua kemungkinan, sebagai kifarah dosa2 lalu atau ditambah pahala berganda atas kesabaran kita.
mari,semakin hari, terdidik semakin bersyukur..kuat.kuat dan senyumlah cinta.. :)

hanaahmad said...

Tuhan memilih kamu untuk merasai kesakitan sebab dia tahu kamu boleh melaluinya. Bertabahlah, percaya pada hikmah dan ketentuan. Aku doakan kamu lekas sembuh. :)

YuYun@HanleeYun a.k.a KuLaT_NaKaL said...

cik monolog, doktor mmg begitu... bedah..bedah..bedah... duit..duit..duit... kalau dibedah pun akan ada jg kesan sampingannya.. cari alternatif lain..byk lagi sebenarnya :))

Teenager Housemaid said...

Allahu Akbar...

awak, moga awak sentiasa sihat dan baik-baik saja..:')

Mawar Berduri said...

Kamu, jaga diri.

HAdira Kifly said...

Semoga fizikal dan mental kamu segera pulih dan sembuh seperti sedia kala, ye Sahabat ...

Asrul "iLham" Sany said...

cabaran idup... semoga semuanya ok nanti ya :D

~SaL IjOu~ said...

sebenarnya kan, waktu baca entry ni, aku turut mengalami perkara yg sama..tp aku biarkan aja..hingga akhirnya bertambah teruk, aku terus ke klinik..& aku diberitahu mengalami sindrom carpal tunnel syndrome..terus aku teringat entry kamu yg ini..doc bg vitamin utk aku cuba sebulan..kalo tetap x ok, aku perlu lalui minor surgery di pergelangan tangan~~~

~Kenanga Suchi~ said...

my mom dah dua kali buat surgery sbb sakit ni. tp surgery tu cuma guna laser, x perlu bedah mcm dlu2.. alhamdulillah skrg dua belah tgnnya dah baik pulih sperti biasa.

Anonymous said...

Saya mengalami sakit yg sama, dan pd 11 march 2013 saya menjalani pembedahan di dua2 tgn. Skrg dah sebulan luka dah baik tp masih rasa nyeri dan berdenyut. Doktor bg berehat 6 bln supaya tak membuat kerja2 berat.