Thursday, March 8, 2012

Putus : 2 Hari Lagi



Isnin - 27 Febuari 2012
Pertemuan di antara empat mata setelah sekian lama tidak bertemu,sekian lama berjauh rindu.Aku cuba mencari kekuatan untuk berterus terang padanya tentang hal yang sebenar.Tetapi,setiap kali aku lihat wajah dia senyuman dia aku jadi tidak sampai hati mahu membunuh semua rasa senang di hati dia.Apa mungkin aku jadi sekejam itu terhadap orang yang aku sayang?

Ahad - 04 Mac 2012
Dengan rasa berat hati,malam itu aku jelaskan semuanya pada dia.Menjawab semua persoalan dia yang selama ini aku pendam sendiri-sendiri.Aku tahu,dalam tempoh itu dia terlalu berharap yang semuanya boleh di batalkan.Tapi semua persiapan sudah di atur,apa pilihan yang aku ada? Aku juga kecewa dan sedih,dan aku tahu hati dia sedang sakit untuk terima kenyataan ini.Dan sebaik saja dia melafas kan kata "putus" laju saja airmata menuruni pipi tika itu.

Isnin - 05 Mac 2012
Mulai terasa kejanggalannya,aku dan dia sudah ada jurang di tengah-tengah.Dia sudah tidak seperti dulu,katanya dia kaku untuk bicara sama aku seperti dulu.Ini bahagian yang paling sukar buat dia dan aku.Katanya,dia akan hadir di majlis aku nanti.Aku tidak mengharapkan dia datang,karena aku tidak mahu dia terluka dan bersedih nanti.Tapi dia yakinkan aku yang dia akan kuat pada hari tersebut,dan mahu lihat senyuman aku pada hari itu.

Selasa - 06 Mac 2012
Cuba berlagak biasa seperti tiada apa-apa yang berlaku antara aku dan dia.Kami memanipulasikan minda sendiri seolah-olah masih berpasangan lagi masih bahagia gembira lagi.Sedaya mungkin cuba untuk menutup segala kekecewaan yang berlaku sebelum ini meski pun pada hakikatnya ia tidaklah seperti yang di angankan.

Rabu - 07 Mac 2012
Entah kenapa malam itu hati jadi semakin sayu dan pilu.Aku mengenangkan segalanya tentang dia.Aku rindukan dia sangat-sangat terlalu rindu.Permintaan dia,untuk hari-hari terakhir ini hanya mahu lihat aku.Meski pun hanya sekadar di talian internet,itu sudah mencukupi untuk mengubat rindunya pada aku.Dan sepanjang sesi itu,aku hanya menunduk sembunyikan wajah yang lesu.Mata bengkak kerana terlalu banyak berairmata.

Khamis - 08 Mac 2012
Hari ini,aku akan pulang ke kampung halaman.Menunaikan permintaan keluarga yang mengharap.Sedang menulis ini,aku masih berkira-kira mahu pulang sekarang atau tidak,atau mungkin aku perlu menangguhkan hari kepulangan aku? Saat ini aku benar-benar menjadi buntu,fikiran gagal untuk mencerna segala yang berlaku.Aku masih mengingati dia,sungguh aku masih mengingati dia.Mengenangkan bicara dia malam tadi,mahu aku hidup bahagia dan cuba untuk mencintai bakal tunang.Apa bisa cinta ini hadir saat hati ini sudah hancur?







Saat akhir ini
apa semuanya bisa di ubah?
dia telah menghantar permohonan
kerja di Australia,dan katanya
hanya sekadar mahu cari pengalaman.
entah ya entah tidak,Tapi aku tahu
salah satu sebabnya.


9 comments:

lieynanilaz said...

kuatlah wahai hati...anggap semua ini adalah yg terbaik buat kamu berdua..hati yg hancur akan ambil masa untuk pulih...

Afiq Ah said...

Segalanya sedang berada dihadapanmu. Setiap ujian tuhan terhadapmu adalah untuk mlihat sejauh mana ketabahan kamu jika diberi jodoh iaitu seorang yg belum lg kamu cinta. Dalam kerumitan sebegini, sukar untuk memberi pandangan apatah lg mengambil keputusan. Akan ku doakan yg terbaik untukmu...

maisarah sarah said...

diharap semuanya dalam keadaan baik.tetaplah pada satu keputusan yang telah atau akan dibuat.supaya tiada perasaan serba salah di kemudian hari.

ghost said...

aku respek kat dia. dia begitu kuat dan bertahan. tapi kau lagi tabah dan begitu pasrah.

kalau aku, biar aku fikir dulu.... oh tidak mungkin.

Bukan Cinderella said...

aku terdiam membaca kisah kau...aku mungkin tak sekuat kau...kau hebat..dia tabah..aku doakan Tuhan buat yg terbaik untuk kau..

Unknown said...

jauh dia mahu mengubat lara hati...

stalker hebat ! said...

bisakah semua ini diterima dalam sekelip mata.

**tabahlah wahai hati yang lara.

hanaahmad said...

Ya Allah, kuatnya kamu berdua. Kalau aku, tidak mampu. Relakan dan buang segala rasa yang ada saat kau sudah pun menjadi tunangan orang, tetapi kamu berdua masih boleh berjodoh selagi kau masih belum bernikah. kuat ya. :)

hanaahmad said...

Ya Allah, kuatnya kamu berdua. Kalau aku, tidak mampu. Relakan dan buang segala rasa yang ada saat kau sudah pun menjadi tunangan orang, tetapi kamu berdua masih boleh berjodoh selagi kau masih belum bernikah. kuat ya. :)