Wednesday, February 22, 2012

Tak Peduli : 17 Hari Lagi

Setiap hari yang berlalu
Aku anggapkan kosong
Alunan merdu yang berlagu
Aku biarkan pencong
Semuanya kosong.

Hari semakin suntuk
Tak kurang dari dua minggu lagi
Keyakinan hati tak ada lagi
Semua persiapan aku pandang sepi.

- Kenduri -
Keluarga dan saudara mara terdekat telah di maklumkan.Masing-masing mahu turun padang untuk melancarkan perjalanan majlis akan datang nanti.Aku yang tiada hati hanya turutkan macam manusia bodoh! Aku tak peduli sekeliling cukup sekadar majlis paling ringkas bersarung cincin.Tak perlu kenduri besar-besar.Tapi apa yang aku lihat tidak seperti yang aku inginkan.Pakcik L dan auntie siap mahu menyewa khemah karena hajat mak dan ayah mahu buat kenduri tahlil pada masa yang sama.

- Rombongan -
Sudah aku bilang berkali-kali pada bakal tunang,cukup sekadar datang keluarga terdekat,Aku hanya mahukan majlis yang serba ringkas.Hanya bersarung cincin itu sudah mencukupi tidak perlu hantaran yang banyak mengikut adat yang bukan-bukan.Tapi katanya yang akan datang mungkin dalam 7,8 buah kereta bersama 10 dulang hantar.Ini gila memang gila hanya untuk sebuah majlis pertunangan.Aku bukannya puteri gunung ledang!

- Persalinan -
Kurung moden merah cili yang di belikan tempohari,tudung aku pakai saja yang sedia ada serta selendang yang akan dijahit sendiri serba ringkas.Komen dari kakak sepupu,supaya aku membeli hiasan kepala yang punya batu berkilauan.Tapi aku bilang mahu yang ringkas-ringkas saja.Cekak manik yang aku bikin sendiri itu sudah memadai,tak perlu kerongsang batu yang memberatkan kepala.

- Hantaran Balasan -
Masih belum siap apa-apa dari pihak aku.Mak sudah berkali-kali mengingatkan tapi aku abaikan seperti tidak ada sebarang majlis akan berlaku.Untuk menyedapkan hati mak,aku sekadar jawab,akan diuruskan selepas aku bergaji bulan nanti.Entah kenapa aku langsung tak fikir mahu membeli apa-apa untuk hantaran balasan nanti.Lagi pula,aku tak pernah minta hantaran daripada pihak bakal tunang.

- Gambar Kenangan -
Aku tak fikir mahu bergambar kenangan,tetapi bakal tunang serahkan tugas ini pada aku mencari jurugambar untuk majlis pertunangan nanti.Persoalannya siapa yang akan mengambil gambar majlis pertunangan itu nanti?







Aku masih berkira-kira
adakah ini benar-benar satu
keputusan muktamad?



12 comments:

dill said...

awak,kuatkan semangat ye. saye sentiasa doakan awak

dill.

hanaahmad said...

berat nampaknya untuk membuat keputusan ya? Pohonlah kepada Dia, moga dipermudahkan segala. Aku doakan kau kuat ya. ;)

Bukan Cinderella said...

kau yakin dgn semua ni?

ghost said...

yoshh..begitu cuma majlis pertunangan tapi kelihatan seolah majlis pernikahan.

kadang sebelah pihak nak sederhana,sebelah pihak plak nak suatu yang meriah.

apapun,selamat bertunang nanti.akan dilalui masa2 penyesuaian.

amira shahidah said...

apa yang kita impikan kadang2 tidak berlaku .. namun apa yang tidak diimpikan telah terjadi .. satu rahsia di belakang nya ...

~Sal Ismail~ said...

ia satu keputusan yg berat..smoga Allah tunjukkan jalan~

eita said...

meriah tapi sepi kan......
mash belom terlewat untuk buat keputusan..

Yuyun said...

aku tak suka ini semua!!!

Anonymous said...

solat istikarah.. tenangkan hati.. fikirkan yang terbaik..

Bidadari Syurga said...

simpan semua amarah dilandasan yg tepat.... bahagia akan hadir bila salah seorangnya mengalah... jodoh-ajal-maut ditangan DIA...

Afiq Ah said...

Tiada siapa akan tahu rahasia tuhan. Jangan mengalah..selagi nafas berhembus. Pintalah bantunNya. Smg kamu baik baik hendaknya

nina said...

kita rasa awak tabah. awak tabah sangat. awak jgn risau tau, setiap yang awak lakukan tu ada hikmahnya. takdir kita memang dah tertulis cuma kita tak tahu apa kesudahannya.

apapun, selamat bertunang. semoga semuanya selamat.