"Maaf, awak terlalu baik untuk saya."
Itu saja?
Tidakkah ada berjuta lagi alasan untuk sebuah perpisahan yang lebih aman.
Hanya memetik baris kata cliché seperti itu sebenarnya tidak pernah memberi ketenteraman walaupun segambut masa.
Semua, pasti ada kata yang lebih realiti dari yang biasa terucap lidah.
"Bukan. Bukan itu. Aku tak tahu apa lagi yang lebih baik dari itu. Aku tak mahu ada hati dia yang terluka lagi."
Dan bicara tanpa penuh jelas begini boleh henti sakit dia begitu saja kah?
Tidakkah nanti lebih keliru dan hidup penuh dengan tanda tanya yang tak sudah-sudah. Dan aku yakin, jiwa yang tenggelam dengan teka teki hidup selalunya lemas dan lewat mencari sinar baru.
Maka berterus-teranglah.
Biar jelas terang kenapa perlu lantera malam yang satu itu kamu hanyutkan cahayanya. Paling tidak, mimpinya nanti pasti datang yang baik-baik, dan bukan hanya berteman tiris jernih di matanya tak sudah-sudah.
Jujurlah; kalaupun kamu salah.
Berkatalah walau pahit. Kerana hidup ini penuh bittersweet; manis itu muncul juga di hujung-hujung pahit itu.
Dan itu tentu lebih baik dari bermanis-manis penuh sayup setiap detik yang muncul dan tiba-tiba sakit menyerang dan hayat kita putus; tanpa sempat sedar kenapa dan apa.
Boleh begitu?
- AJ NISMIHAN -
Tulisan ini aku copy
dari teratak sahabat lama
dan iya,entry ini lebih menikam
hingga ke hulu hati aku sendiri
kerana ia lebih merujuk ke arah aku
selepas perbincangan menerusi email
aku yang buntu tika itu meminta
pandangan dari AJ.
terima kasih sahabat untuk tulisan ini.
dari teratak sahabat lama
dan iya,entry ini lebih menikam
hingga ke hulu hati aku sendiri
kerana ia lebih merujuk ke arah aku
selepas perbincangan menerusi email
aku yang buntu tika itu meminta
pandangan dari AJ.
terima kasih sahabat untuk tulisan ini.
25 comments:
bgitu tersirat
ibarat sang kelip-kelip dan senja
aku dah berapa kali kena camni..
jenuh jugak nie.
jgn di tinggalkan layang2 itu tanpa talinya.
walaupun perit, jujurlah. walaupun susah utk di fahami kejujuran itu, sekurang2nya ia di akhiri dgn sebab.
cakap terus terang kan senang..
sakit hati sgt bila persoalan sbnr tak terjawap..
*emosi*
aku juga boleh terasa tikamannya .
sebab sesuatu itu pasti bersebab. . .
Pembunuhan hidup orang yang hidup secara perlahan - lahan . . .tanda yang ditinggal tidak lagi disayang . . .tanda hidup bukan bererti PERGI tapi bererti TINGGAL . . .
manis itu muncul juga dihujung2 pahit.
**jujurlah takut nanti ada yg terluka.
err, kebenaran terkadang menyakitkan . jadi demi melindung hati dari lebih terlukakan, mungkin ianya wajar diselindungkan .
btw, layout itu dari blogspot juga . template baru di blogspot . cuba la tengok balik di template :)
baik salah, jahat pun salah.
*berfikir dengan serius*
dill.
Ah , aku suka penulisan dia .
jujur , entah . kadang kita tidak mahu bersikap jujur utk tidak menyakitkan , tapi itu sebenar nya lebih sakit lagi .
tinggal cuma untuk mati .
Salam eid al-Adha . =)
"Maaf, saya tak tahulah awak terlalu baik untuk saya. Ha Ha Ha." ;p
orang lain semua serius. aku saja tidak. aku tak mahu kau sedih-sedih lagi kawan. keluarlah dari dunia gelap. bersinarlah ke dunia yang terang. Hari raya korban ini.. moga kau berkorban untuk ke dunia yang lebih terang.. aku tunggu waktu itu..
Sahabat.. Selamat hari raya Aidil Adha.. =]
menyakitkan. habis, adakah dia mahukan kejahatan? tak faham. ppfftt.
Gua putus ngan calon bini Gua dulu camtu la ayat nyer...
"awak terlalu baik untuk saye"
pempuan tu yg cakap kat gua...
ckp je la yang gua ni jahat, kan senang, ape daa
haha. x ley bla mr orlando.. tersirat post ni. salam iduladha
sungguh penat kalau menerima keadaan macam ni
menelan yg pahit,emm...
dada aku sakit.
tajam menikam
andai itu yang tebaik
*AJ selalu punya penjelasan yang sangat panjang dan berkesan.
cliche pun tetap terkesan pada hati,bukan?
klise.. berlapis lagi tertapis.. orang Melayu kah? penuh kesopanan & kesusilaan..
barisan kata yg cliche..tp itulah hakikatnya kan??
Aj nismihan alwiz being one of my fevret writer,, :)
hm, kadang bila jujur, akhirnya orang suka mempersoalkanny juga kan? hu,,
ps. rindu kamu dengan amat!
aku lebih memilih jujur berkata walau salah. mungkin itu langkah yg terbaik. dari menyimpan suatu yang manis cuma seketika.
Post a Comment