Friday, November 11, 2011

Sepatutnya


11.11.11
satu angka yang cantik
ini hari di mana tarikh yang
tidak pernah lupus sejak
beberapa tahun ini

ya,aku kenang dia aku kenang dia
seseorang yang berada jauh di sana
telah genab kini menjadi seorang dewasa
dan 11.11.11 sepatutnya terlakar
satu kisah permulaan ikatan dan perjanjian



11.11.11
hari jumaat hari yang baik
aku mengharapkan hari ini hujan
paling tidak gerimis
biar lemas membungkus diri yang kedinginan


"kita bertunang pada 11.11.11 sama dengan tarikh kelahiran"


diam,diam,diam
tiada kata sepi tanpa bicara
sepatutnya hari ini aku sudah menjadi
tunangan orang dan terhias jari
dengan cincin pertunangan


"boleh kita tangguh hingga ke awal tahun hadapan?"











Ini entah kali yang keberapa
aku meminta penangguhan
dan dia hanya mengalah dan turutkan...



23 comments:

penjajah minda said...

kenapa? bukankah yang baik elok didulukan?

~* chirpy_chummy *~ said...

urmm..kau lebih tau.

aku doakan yg baik2 je. take ur time.

dill said...

kamu lebih arif tentang pilihan kamu kan.

doaku untukmu.

dill.

monologtinism said...

ini belog perempuan kan

err ^_^"

hm semoga dipermudah urusan
dan mendapat keredhaan.

nooghulegha said...

masih ada tarikh lain utk kamu.
insyaAllah >.<

ewanthology said...

jangan sampai dia penat mengalah.

Arm_mj said...

kamu lbh tahu..=)

Asrul "iLham" Sany said...

tarikh tu tak penting

yg penting 'masa depan'

:D

lieynanilaz said...

jangan tangguh2 lagi tau lepas ni..
takut yang di sana x sanggup nak menunggu lagi...

doakan yang terbaik...:)

Anonymous said...

kadang2 manusia penat menerima alasan. tp, fkrlah yg trbaik utk dri sdri.this worth ur future life ;)

aamalinaazman said...

kadang2 kita merancang sehabis mungkin yang terbaik, tetapi Tuhan lebih buat yg terbaik utk menjadi sisipan hidup kita!

teruskan merancang dan berdoa, semoga dipermudahkan jalan indah itu ya!

Unknown said...

situasi sama macam aku . . . penangguhan yang entah keberapa kali . .

kita mohon yang baik2 saja ye ?

p/s : aku sayang kau , kawan .

Unknown said...

yang terbaik untuk kamu,harapnya

Rain said...

masih ragu ragu? bila hilang perasaan itu, masanya pasti tiba untuk kamu yakin dengan ikatan yang akan dibina.


diri sendiri lebih tahu situasi yang berlaku. yang membaca mendoa cuma :)
mengharapkan kamu bahagia .

Mutiara Bernilai said...

hm..
kenapa kamu?
hati bolak balik lagi?



kadang, aku terasa seperti memahaminya..

take ur time dear..

intan.maisarah said...

:)

ambil masa

moga semuanya berjalan dengan lancar

ORLANDO AHMAD said...

tempat gua hujan

Shila said...

nikah terus?

Yuyun said...

ermm..hati itu berat barangkali?

guest writer said...

hurm... kenapa?

ghost said...

satu masa nanti dia pula yang akan meminta untuk tangguhkan selamanya.

miera said...

benda baik tak elok lengah2 kan..

broken_nigina said...

why are you forcing yourself?be honest and be true.