Ditepi tebing tinggi...
cantik pemandangan dari atas sini
dari jauh semuanya nampak kecil seperti semut
langit cerah membiru kepulan awan bagaikan gula kapas
hembusan angin nyaman dan damai
berburung yang berkicauan riang sekali
rama-rama indah cantik berwarna warni
serta bunga-bunga mekar harum mewangi
inilah dunia indah!
*pejam mata dan senyum
ini tidak cukup indah
semua ini palsu belaka kau tertipu
hati kau mendustakan kenyataan
bukalah mata mu segera bangkit dari khayalan
ini dunia durjana penuh dengan parasit
busuk dengan bangkai-bangkai hidup
penuh dengan hipokrasi dan penindasan
tiada tempat untuk kau di sini
ini dunia manusia syaitan!
*buka mata tangan bergenggam
suara siapa?
siapa kau mengapa gertak aku
kenapa kau memaki dunia begitu
tidakkah kau lihat di sana ada cahaya indah
tidakkah kau lihat di sana ada bahagia
yang penuh dengan harapan?
keluarlah kenapa tidak kau tunjukkan rupa?
aku di sini aku di sini merah!
aku bukan memaki tidak sekali gertak kau
aku cuma beri peringatan untuk kau sedar
tentang hakikat dan kebenaran
jangan kau alpa dan leka dengan
kepalsuan yang terzahir di depan mata
sedarlah merah!
kau rama-rama biru
boleh berkata-kata bahasa manusia?
apa kau ini malaikat?
ya,aku rama-rama biru
hanya kau saja tahu
aku bukan malaikat cuma "jelmaan"
*terbang hinggap di bahu merah
siapa kau sebenar
dan dari mana kau tahu nama aku?
kenapa kau bercakap tentang dunia?
siapa aku kau tak perlu tahu
aku hanya mahu jadi pelindungmu
dari ancaman!
ancaman dari siapa yang kau maksudkan?
siapa mereka yang kau takutkan?
dari parasit pemakan bangkai!
mahukah kau aku tunjukkan jalan?
jalan ke mana wahai rama-rama biru?
jalan menuju abadi...
Jalan Menuju Abadi 1
8 comments:
kiri kanan..kiri kanan..
walaupon kiri kanan kiri kanan, paham jugak gua membacanyer
*BIG hug*
(^_^)
aku ingin skali ditunjukkan jalan menuju abadi itu...
jangan salahkan dunia yang berwajah indah
salahkan manusia yang mencontengnya..
semua sudah pasti,malah yakin kalau jalan menuju abadi itu bakal ditemui.
lekas bawaku pergi
sebelum perasit mendekati
dan memakan hati hingga tiada rasa lagi
datangnya diiring cahaya, arah tujunya juga adalah cahaya. Maka biarkan dia pergi membawa kau yg sering diliput senandung duka.
aku hanya rama-rama yang kepatahan sayap dan mula belajar menyambung sayap kembali, kerana aku mahu terbang bahagia.
aku pasti kamu juga bisa membuang keheningan lampau :)
Post a Comment