Subuh bening masih terasa segar embunnya.di tepi tebing ini kau depakan tangan pejamkan mata rapat.dan kau hirup semahunya udara tepu yang sedang berlegar.masih kabur dengan kabus hingga kala bercakap seakan ada asap putih keluar dari mulut.
"ini bumi kita,bumi yang bulat!"
kau teriak kuat hingga terdengar gema suara berulang.kau ketawa tika itu dan berlari riang terus menikmati kedinginan pagi itu.kau gembira kau suka kau menyanyi lagu kita.
"ini dunia bulat,walau jauh kau pergi kau tak akan tersesat
percayalah pada aku."
sehabis bicara itu aku pun berlalu melangkah pergi dengan hati yang nanar.itu dunia kau bukan dunia aku tempat aku bukan di sini.aku mahu pergi jauh hilang dan tak dapat kau kesan.aku mahu lari sepantas yang mungkin hingga kau tak berdaya mengejar lagi.
sedaya mungkin aku cuba untuk lari
aku akan hilang dan hilang dan hilang...
15 comments:
kita boleh lari... kita boleh hilang... namun kesannya masih tertinggal di situ...
dunia yang bulat pasti akan ada titiknya.tidak mustahil sejauh mana pun kau berlari pada titik itu juga akan ada pertemuan..
jangan lari..ia suatu yang sangat meletihkan.
dunia bulat, kita xkn sesat??
dunia x berpenghujung..
bayangkan jika dunia ini 4 segi..
lagi senang mencari koordinat..
lagi susah sesat
Ahhh..
mengarut..
~~sorry~~
semakin jauh kita cuba berlari
pasti akan ada yg mencari
tanpa kita sedari.
dan
untung sekiranya ade yg mencari
sekurang-kurangnya masih ade yg menyayangi.
dunia itu bulat
sebab itu mudah jumpa titik pertembungan
kalau ia bersegi-segi, mungkin susah untuk mencari kerna ada banyaknya sisi
jauh mana saja kita boleh lari..
setuju dgn - - said
andai memory ini, ada butang 'reset' je.
Cakkkkk!
Haaa jumpa, tak hilang pun..harhar
Jangan selalu berlari, penat nanti
Kadang-kadang tiada yang mengejar, tapi kita masih terus berlari
bukankah hidup ada perhentian?
tak perlu kencang terus berlari. cuma helakan nafas panjang. utk siap berlari kembali.
semakin jauh kau pergi.
semakin ada yang menanti.
dunia ada penghujung. dan
begitu juga dengan kehidupan.
ermmm... ye arr..aku pelikkk..kenapa dunia ni bulat? bulan dan matahari juga bulat??
pastikah akan hilang dengan larian tanpa henti?
kalau betul takkan sesat mengapa ramai yang memerlukan gps?
aku juga buat perkara yang sama
tapi hati ini
degil
dunia itu bulat.
jika dia di sini, aku pasti kau akan di sana.
dunia itu bulat.
hilang itu memang wujud kerana aku sedang menghilangkan diri.
dan
aku berjaya.
Post a Comment