Tuesday, May 10, 2011

Mulia Hina


- NENEK -
Mak beritahu aku tentang kedatangan nenek beberapa hari yang lalu.mujur aku tidak ada dirumah tika itu.hanya tinggal mak ayah juga cerdik,mulia pula tika itu menghadiri kursus jangka pendek.sekadar ingin penuhi masa lapangnya sementara menanti penggilan untuk menyambung pelajarannya selepas keputusan SPM di umumkan sebulan yang lalu.taqwa pula berada di Kuala Lumpur menginap di rumah bakal adik ipar bersama bakal ibu mertuanya kerana merancang untuk melawat bakal tunangnya.

Biasa aku faham benar jika nenek bertandang ke rumah sudah pasti ada sesuatu.nenek membuka bicara dengan bertanyakan tentang kuputusan mulia.jujur mak huraikan satu-satu dan kesimpulannya muli lulus tahap kepujian.nenek tidak berpuasahati lalu mencadangkan supaya mulia memohon polis dengan alasan kerja badan kerajaan lebih menjamin masa depan.atau mohon untuk jadi jururawat lelaki atau pembantu di hospital dengan alasan punya gaji tetap yang menjamin hidup.kata nenek...


" mulia tidak seperti taqwa yang lebih bijak dalam akademik.mulia tak punya harapan untuk menyambung pelajarannya walau untuk ke tingkatan 6.mulia berbeza dengan taqwa mulia tidak punya kelayakkan!"


sampai hati nenek kata begitu tentang mulia.di depan mak dan ayah pula tika itu.sudah pasti itu mengguris hati mak dan ayah.bagi aku ini satu penghinaan buat mulia sedangkan aku sendiri tahu yang keputusan mulia lebih baik lagi berbanding aku.tapi tetap aku masih mampu menyambung pelajaran ke tingkatan 6.andainya mulia terdengar kata-kata nenek tika itu,sudah pasti ini akan melukai hati mulia.entah apa yang nak di banggakan aku sendiri pun tak tahu.nenek tak habis-habis merancang untuk menentukan masa depan anak cucunya.

**********************************************************************************

- CIKGU MIANG -
baru-baru ini mulia begitu kecewa bila permohonan tingkatan 6 nya di tolak mentah-mentah oleh cikgu celaka.menurut kata cikgu miang tersebut "keputusan mulia langsung tidak boleh di pertimbangkan tidak layak untuk ke tingkatan 6" sedangkan setahu aku keputusan aku yang lebih teruk itu masih boleh di terima apa lagi keputusan mulia yang lebih baik itu.dan aku tahu apa sebabnya cikgu celaka itu menolak,ini kerana mulia bukanlah seorang pelajar perempuan.aku tahu benar niat kotor cikgu miang tersebut.

teringat dulu aku yang bodoh tika itu mengikut telunjuk nenek untuk memohon ke tingkatan 6.keputusan sampah itu aku bawa berjumpa dengan cikgu miang tersebut di salah sebuah pusat tuition.tapi tiba-tiba cikgu itu menukar lokasi ke sebuah pusat tuition persendiriannya yang agak jauh dari pekan.di dalam bangunan 3 tingkat itu hanya aku berdua saja dengan cikgu miang tersebut.aku yang lurus tak fikir langsung niat sebenar cikgu celaka tersebut,hanya menurut.

semasa aku ingin mengisi borang yang di berikan,cikgu celaka cuba mengambil kesempatan untuk memegang tangan aku.pantas aku menepis.dan memberi alasan mahu pulang segera kerana kawan aku sedang menanti aku di bawah.sempat juga cikgu celaka tersebut mencuci minda aku supaya memilih untuk masuk ke kelas bimbingannya.tapi aku menolak kerana tidak berminat dengan bidang yang ditawarkan.

dan sejak itu cikgu miang mula mencari salah aku sekiranya keputusan ujian bulanan aku menurun.tapi tidak pula bagi pelajar di kelasnya,hanya bermodalkan sedikit pujuk rayu cikgu tersebut pasti akan menambah markah pelajar di kelasnya.dan apa yang aku perasankan,majoriti kelas kelolaannya terdiri dari pelajar perempuan.dan menurut rakan perempuan sekelas aku,mereka punya pengalaman yang sama pernah mendapat gangguan yang sama dari cikgu miang tersebut.dan sejak itu,aku mula hilang hormat pada cikgu miang tersebut,satu sekolah kenal benar dengan sifat miang cikgu tersebut termasuk cikgu perempaun.





Mentaliti.....
ramai yang menilai kejayaan hidup seseorang
hanya berpandukan seberapa tingginya ilmu
berbanding ketinggian budi pekerti seseorang
sedangkan segulung kertas bercetak indah itu
tidak punya makna jika ilmu yang cari selama bertahun
langsung tidak di guna pakai ke arah kebaikkan
ia hanya layak di buang bakar atau di buat lap tahi saja.



5 comments:

Unknown said...

sekarang ni orang tuntut ilmu cuma untuk dapat gaji besar saja..
sedang kan hati tak besar pun..
**************
cikgu apa macam tu??
kenapa tak repot je??
melampau la dia..

ghost said...

hurmm...aku sudah mula perasan tentang nih...suatu yang sudah mulai bercambah dalam pemikiran kita.budi pekerti seolah perhiasan untuk mereka yang melihat dari luar dan kesannya langsung tidak dipandang oleh mereka yang berilmu tinggi...

ong ong kedek kedek said...

gua paling anti dengan orang yg menuntut ilmu semata2 utk carik makan dan carik nama kerna lebih ramai yg ikhlas menuntut ilmu masih tidak ade rezki menyambung pengajian... (gua penah rasa semua jerit payah ni dulu, memang memeritkan especilly bila kenang caci nista orang, sabar, doa tawakal okey ;)

Mutiara Bernilai said...

salam dear,

belajar, teruskan pengajian, bekursus itu termasuk dlm usaha kita, usaha untuk mendapatkan rezeki, tetapi kita tak bertawakal dengan sijil kita, dgn pointer kita, dgn kelulusan kita, kita hanya bertawakal kpd DIA YAng mencatur pintu rezeki manusia :)

* oh, nenek kamu harus tahu, setiap manusia ada cycle of success nya.. bila2 sahaja kita akn ada di atas atau d bawah..

* Oh lagi sekali, cikgu miang itu harus di kenakan tindakan! buat memorandum pelajar sekolah..ahah..

******kamu kuat, aku tahu itu. :)

penaberkala said...

first time singgah sini, baca-baca entri
tq sudi singgah dan tinggak jejak di blog
sungguh indah dan menarik entri ni
penuh makna dan pengajaran

betul tu, punya ilmu penuh di dada tak guna kalau hati tak mulia
apa pun pendidikan yg diterima, keputusan yg diperoleh, ini adalah ujian
semoga kita terus tabah hadapi cabaran sbg seorang plejar
kejayaan bukan hanya buat masa ini dan di sini, tapi juga utk masa depan dan di sana

salam kenal