Saturday, May 7, 2011

Dua Darjat


N masih mengejar aku tidak pernah berputus harap jauh sekali untuk merasa jemu.demi hati dan cinta yang ikhlas katanya.tapi bagi aku semua itu tidak akan lama biar sesukar mana pun ujian yang perlu di tempuhnya.sudah nyata ayah N memang tidak sukakan aku sejak pertemuan pertama itu lagi.aku dapat tafsir dan juga menghuraikannya ayah N memang tidak akan pernah sukakan aku.tapi N masih berkeras mahukan aku bersamanya,sedangkan N sendiri sedar yang ayah nya sudah punya pilihan lain buat N.

Ya.memang nyata aku sememang sengaja mencipta jurang antara N dan aku.memang sengaja aku cari pasal ada kalanya.aku memang sengaja mahu menyakiti hati N mahu N merasakan yang aku ini sememangnya tidak pantas buat N.antara aku dan N terlalu jauh bezanya.cara hidup dan pergaulan juga tidak sama seperti keluarga N.aku ini hanya sekadar insan biasa yang tidak punya apa-apa.sedangkan N punya pelajaran dan kerja yang baik jka di bandingkan dengan aku.dan aku juga tidak berupa paras level menawan hati jika nak berdiri di sebelah N.

semakin hari N semakin sayang pada aku sedangkan aku sedang cuba untuk lari dari N.aku mahu terus pergi menjauh hingga N melupakan aku tapi itu bukan sesuatu yang mudah.aku bukan manusia kejam yang sanggup membunuh hati-hati yang tidak bersalah.tapi keadaan seakan mendesak.aku mahu N sedar antara aku dan N tak akan punya kisah yang indah di akhirnya nanti.aku harus pulangkan N ke dunia nyatanya semula.di mana permulaanya N tidak pernah mengenali seseorang seperti aku dulu...






sudah tertulis dalam buku takdir
mengapa mahu dinafikan juga?
cinta tak semestinya bersatu
suka tak semestinya akan jadi milikmu.
jika yang dicipta bukan saiz rusukmu
mana mungkin bisa di sambungkan.

2 comments:

Seroja Jingga said...

sayang
sampai bila harus kau bohong hati kau..semakin kau cuba menjauh,,semakin sukar kau lupa kan dia..ye memahami akan keadaan yng meruncing bila bercakap soal restu keluarga..tapi kamu harus cuba..dan jgn pernah hentinye doa.

kawan said...

faham bagaimana rasanya bila mencintai tp tak memiliki.

sangat sakit utk kita pergi meninggalkan hati itu, yg masih kita sayangi.

sakit utk kita, sakit lg utk dia.

selagi blh di cuba utk perbaiki mana yg ada,jgn henti mencuba - sekiranya masih wujud perasaan itu.

Usaha, doa dan tawakkal.

maaf, aku terlalu beremosi bila ttg ini, kerna kau masih mampu mencuba utk mengubahnya, namun utk aku, ianya hanya jalan buntu yg tlh di ketahui hujungnya. =="

-kawan-