Sunday, March 6, 2011

Tersiksa Hati



Sambung belajar?
seperti yang dijangka ayah sudah tentu akan bertanyakan hal ini.aku sangka ayah tak akan tahu akan perihal surat tawaran tu.sudah tentu mak sendiri yang beritahu pada ayah tentang tawaran sambung belajar.

Runsing...
ya,aku agak tertekan dengan masalah ini masalah kejiwaan bagi aku.sambung belajar ke tahap yang lebih tinggi demi cita-cita memang impian aku.tapi masa surat tawaran tu sampai minggu lepas aku merasa agak kecewa.riak yang mulanya gembira bertukar suram bila jumlah yang dinyatakan untuk 1semester bagaikan membunuh seluruh nadi aku.mana aku nak cari duit sebanyak itu? sedangkan aku kerja 1tahun pun belum tentu dapat kumpul jumlah yang sebesar itu.mungkin bagi mereka yang berkemampuan,itu bukan masalah besar.tapi bagi aku itu bagaikan satu musibah.

Sedih...
aku sedih mengenangkan semua ini.keinginan untuk belajar masih ada tapi semua punah.lebih-lebih lagi bila mengenangkan ayah yang sepatutnya menamatkan perkhidmatan dalam kerjayanya bulan julai ini,menyambung lagi unutk tempoh satu tahun lagi.aku tahu semua kerana mahu menampung perbelanjaan sekeluarga.tambahan pula,taqwa masih lagi ada beberapa sem di universiti.mulia pula sedang menanti keputusan SPM diumumkan jika keputusannya baik,mungkin akan menyambung pelajaran.tinggal cerdik yang masih lagi meneruskan sesi sekolah menengah untuk beberapa tahun lagi.semua itu KOS!

Harapan...
aku tahu dari nada dan riak ayah seperti mahukan aku menyambung pelajaran lagi.seboleh-bolehnya ditahap yang lebih tinggi lagi.kata ayah,tidak mengapa duit boleh dicari.tapi aku sedih bila mengenangkan ayah yang bekerja siang dalam malam 7hari seminggu dan terpaksa memandu selama 2jam untuk ke tempat kerja dan hanya akan pulang ke rumah seminggu sekali.ayah semakin tua rambut putih mula memenuhi ruang kepala kadang-kadang aku dengar ayah batuk-batuk semasa tidur malam.tahu tak bagaimana perasaan itu?

Dilema...
Hari ini aku bekerja,aku agak ayah agak terkejut bila lihat aku bangun awal pagi hari ini.selalunya hari ahad adalah hari cuti bekerja aku.tapi majikan sudah menukar jadual kerja jadi aku akan bekerja 8hari dan cuti 2hari mengikut rotate staff dalam jadual kerja.bila ayah bertanya,aku jawab "over time" dan ayah diam selepas itu.mungkin ayah agak aku sengaja mengambil over time hari ini semata-mata untuk mencari duit lebih bagi menampung kos yuran belajar.aku jadi serba salah takut nanti ayah akan rasa susah hati fikir pasal duit lagi.




perlu ke aku korbankan cita-cita aku?
tapi ayah mengharapkan sangat aku sambung belajar
tapi aku tak sampai hati tengok ayah kerja teruk lagi
sepatutnya dalam umur begini ayah rehat saja dirumah
biar aku ambil alih tanggungjawab sara keluarga
Tuhan...semua ini sangat berat aku sakit.

2 comments:

skandaLdariLangit said...

berat. mahu sesuka hati berkata pun susah juga.

usahalah. kata mereka, biar susah2 dahulu bersenang-senang kemudian.

kata aku, usahalah. bersusah-susah dahulu, melipatgandakan kesenangan di hari kemudian.

semuanya pasti sukar hari ini, mencari sesuap nasi pun bukan mudah. hatta mahu menyuap nasi ke mulut pun sebenarnya tidak mudah.

cuma antara mahu, atau tidak.

cuma antara sanggup, atau tidak.

kena cekalkan hati. jika sekarang terus begini, mungkin sampai bila2 masih begini.

tapi jika tutup sebelah mata mencuba, barangkali setelah tamat tempoh belajar itu, segalanya lebih baik luar dari biasa.

ah, sekadar berkata. mana sama dengan beban yang memikul.

kuat! :)

ghost said...

tersepit dengan membuat keputusan yang paling berat...antara cita-cita dan pengorbanan terbaik..

harap ko dapat hasilkan keputusan yang terbaik juga.